Thursday, December 16, 2010

CHAPITRE 8:UMRAH:14 JUN 2010

subuh mula menyinggah di madinah seawal pukul 4.00 pagi.lain rasanya bila subuh disini kerana kalau di malaysia  subuhnya pada pukul 6 pagi.lalu aku sekadar mengambil wudhu' serta mencapai jubah.agak sejuk rasanya keadaan berada di luar hotel semasa aku dan ayah mula melangkah keluar dari hotel.air wudhu' yang menyaluti sebahagian tubuh membuatkan tubuhku sedikit menggeletar.aku lihat kedai yang dibuka sekitar masjid itu serta merta ditutup bagi menunaikan solat subuh di masjid itu.pengalaman berada di raudhah semalam membuatkan diriku bersyukur akan kesempatan yang telah diberikan olehNya,walaupun tidak sempat melihat secara dekat makam Rasulullah S.A.W tetapi aku tetap bersyukur sekalipun aku menyedari bahawa aku tidak layak berada di tempat itu.seperti biasa uncang dibawa untuk meletak selipar masing-masing didalamya.melangkah sahaja ke dalam masjid,aku,ayah dan atuk ku terus meluru ke tempat air zam-zam diletakkan.selepas meneguk sekali dua kami pun mencari petak kosong dan beberapa minit kemudian solat subuh berlansung disusuli pula solat sunat jenazah selepasnya.

selepas sembahyang subuh kulihat kedai-kedai yang ditutup tadi sudah dibuka,aku dan yang lainnya bergegas ke sana bagi melihat barangan yang dijual,aku pula time tu sibuk pula tengok jubah yang pelbagai rekaan,ayah dan tok cu pula mencari kopiah yang murah untuk disedekahkan nanti,tok tih pula sekadar melihat barangan yang ada disitu.selepas tiada satu pun yang berkenan,kami balik ke hotel bagi menikmati sarapan di tingkat "M".hari itu juga terpampang di ruang makan tingkat "M" yang dimana kami akan membuat lawatan ke beberapa tempat yang bersejarah serta terkenal di sekitar  madinah.hati ku merasa senang akan aktiviti yang bakal dijalankan itu.

seawal pukul 8 pagi semua jemaah AS-SOLIHIN berkumpul diluar hotel dan ada juga di lobi untuk menunggu ketibaan bas kami.seperti biasa aku akan pastikan kamera tidak tertinggal di bilik hotel .aku mengambil tempat duduk seperti biasa kerana bas yang dinaiki oleh kami adalah bas yang sama dan kebanyakan jemaah yang ada disitu juga orang yang sama,seakan sudah selesa berada di dalam bas itu walaupun ada 3 buah bas yang disediakan khas untuk jemaah AS-SOLIHIN sahaja.seperti biasa mutawwif kami menerangkan tempat yang dimana menjadi persinggahan pertama kami nanti,diberitahu ketika itu bahawa kami akan bertolak ke Masjid Quba'.Masjid Quba' seperti yang diketahui adalah masjid pertama dibina oleh orang islam di madinah,dibina selepas sahaja Rasulullah berhijrah ke madinah bersama para Muhajirin yang lain.sesampai kami di Masjid Quba' ,kami terus mengambil kesempatan itu melakukan solat Dhuha dan  ada juga yang melihat senibina masjid tersebut.

sekitar di ruang solat masjid Quba'




selepas itu,semua jemaah dibawa pula ke ladang kurma,actually aku bukan penggemar kurma tetapi aku interested juga hendak melihat lebih jelas lagi pokok kurma disitu,ustazah ada kata bahawa kalau hendak beli kurma dalam jumlah yang banyak jangan beli kat ladang dia terus sebab dekat ladang harga dia agak tinggi berbanding beli sahaja dikedai.

ayah disamping pokok kurma

tidak ketinggalan menyibuk disitu(hehehehhe)


iniler buah kurma yang belum masak agy,macam ngupew anggur pun ada gak ek



heyyyy!!!!!


selepas itu pula kami ke destinasi yang seterusnya dan mungkin antara destinasi yang bersejarah iaitu Jabal Uhud atau Bukit Uhud yang dimana tempat ini telah menjadi saksi kepada peperangan uhud yang dimana telah mengorbankan lebih 70 orang tentera islam dan 23 orang quraisy.terletak beberapa meter sahaja dari bukit uhud terletak kawasan pemakaman syuhada' uhud yang telah menempatkan beberapa makam-makam  tentera islam yang terkorban dalam perang uhud.

inilah bukit uhud tu...





ayah cuba tiru gaya aku bergambor...peace ayah jgn tak peace

dibelakang ayah aku tu plak adalah makam para syuhada di uhud

lambaian terakhir sebelum meninggalkan jabal uhud

sekian sahaja lawatan kami pada hari itu,agak penat juga kami pada hari itu,ditambah lagi dengan cuaca yang mataharinya memancar terik,agak berlengas juga badan dibuatnya tetapi ianya tetap menjadi antara kenangan yang terbaik sepanjang hidup.bukit uhud adalah destinasi terakhir pada lawatan hari itu.ceritaku berakhir disini sahaja kerana keesokannya pula telah menjadi tarikh terakhir kami di madinah dan selepas itu pula kami pula berangkat ke mekah al mukaramah.assalamualaikum.......... 


No comments:

Post a Comment