Assalamualaikum,hari ni rasanya nak cerita tentang sejarah dunia pulak(tetiba),anyway hari ni aku baru menonton AMAZING RACE SEASON 11 kat YOUTUBE,and then dekat episod 8 rancangan tu ada memperlihatkan satu kem di Poland yang dimana pernah menjadi saksi atas kematian 1 juta orang manusia akibat gerakan Holocaust(Dalam bahasa Yunani Bermaksud "sesuatu yang terbakar sepenuhya") yang telah dilancarkan oleh Jerman Nazi dibawah pengaruh Hitler pada ketika itu,kem ini telah dinamakan sebagai Kem Konsentrasi Auschwitz.Nama Auschwitz diambil sempena nama sebuah bandar di poland yang agak berdekatan dengan kem tersebut iaitu Oświęcim .kem ini telah dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Auschwitz I,Auschwitz II (Birkenau) dan Auschwitz III (Monowitz),.
Pintu utama yang menuju ke dalam Auschwitz 1
Kem Auschwitz 1 adalah kem Konsentrasi yang paling awal yang digunakan sebagai pusat pentadbiran utama bagi seluruh kompleks itu,disini pula telah melibatkan kematian sebanyak 70.000 warga Poland, kaum homoseksual dan tawanan perang Soviet.tiba sahaja di pintu utama kem ini akan kelihatan satu gerbang yang diatasnya tertulis satu tulisan yang ditulis dalam bahasa jerman iaitu 'Arbeit Macht Frei' yang bermaksud "Kerja (akan) membuat (engkau) merdeka" (atau "kerja itu membebaskan").Pintu gerbang itu sehingga masih kekal sehingga kini dan menjadi antara tarikan pelancong apabila ke Poland.Keadaan di kem ini semasa zaman perang dunia ke-2 adalah teruk sekali,dengan tuntutan kerja yang membebankan tahanan perang ketika itu,serta pemakanan dan kesihatan yang teruk menyumbang kepada kematian yang agak tinggi disitu.Blok Ke 11 dari kem ini telah digelar sebagai "penjara dalam penjara" kerana disini apabila anda membuat sebarang perlanggaran peraturan yang ditetapkan oleh mereka akan mendapat hukuman yang setimpalnya dan sejumlah kecil tahanan telah dikurung didalam sel-sel tahanan yang terlalu kecil bahkan untuk duduk didalamnya pun seakan tidak mampu bagi para tahanan yang berada didalamnya.dan yang lainnya pula akan dihukum mati dengan pelbagai cara seperti dengan ditembak,digantung, atau dibiarkan kelaparan begitu sahaja.
pemandangan sekitar kem Auschwitz 1
Kem Auschwitz II pula digunakan sebagai kem pemushanan dan tempat kematian lebih
kurang satu juta orang yahudi,75'000 rakyat poland, dan sekitar 19'000 orang Gipsi.Diantara ketiga-tiga kem ini,Kem Auschwitz II (Birkenau) adalah yang paling horror,ini kerana berbanding Auschwitz I dan Auschwitz III yang bertindak sebagai kem konsentrasi yang bertindak mengerah rakyat supaya bekerja paksa untuk "hidup",tetapi disini keadaannya lebih teruk kerana kem ini telah diberi gelaran kem kemusnahan yang bertujuan memusnahkan semua para tawanan yang berada disitu,jadi untuk menggalas "kemusnahan" itu kem tersebut telah dilengkapi dengan empat krematorium dengan bilik gas.bilik tersebut mampu menampung seramai 2,500 orang tahanan,pemusnahan secara besar-besaran telah berlaku pada pertengahan tahun 1942.
inilah blok utama Auschwitz II(Birkenau) yang telah menyaksikan kematian yang paling terbesar diantara 3 Kem terbabit
Kebanyakan orang tiba di kem itu dengan kereta api, seringkali dengan perjalanan yang mengerikan di kereta-kereta lembu yang berlangsung hingga beberapa hari.Dari 1944 rel-rel kereta itu dibuat hingga masuk ke kem itu sendiri. Sebelumnya, para tahanan yang tiba disuruh berbaris dari stesen Auschwitz hingga ke kem.Kadang-kadang, semua kiriman itu akan dihantar ke bilik gas. Pada kali lain, orang-orang Nazi akan melakukan "seleksi", seringkali oleh Josef Mengele, dengan maksud memilih siapa yang akan segera dibunuh dan siapa yang akan dipenjara sebagai tenaga kerja paksa, atau digunakan untuk eksperimen perubatan. Anak-anak kecil dipisahkan dari ibu mereka dan ditempatkan dengan perempuan-perempuan yang lebih tua untuk digas, bersama-sama dengan mereka yang sakit, lemah, dan lanjut usia.
Tahanan-tahanan yang tiba dan bertahan dalam pemilihan awal akan ditempatkan selama beberapa waktu di ruangan-ruangan kuarantin dan kemudian bekerja di tempat penyelenggaraan kem atau untuk perluasannya, atau dihantar ke salah satu kem kerja di sekitar tempat itu.Sebuah bahagian dari kem itu disediakan untuk para tahanan perempuan. Pada bahagian lain yang dikenali sebagai "Kanada" (kerana orang Jerman percaya bahawa Kanada adalah tanah yang sangat kaya), harta milik para tahanan yang tiba di situ dipilah-pilah dan disimpan, untuk dialihkan kepada kerajaan Jerman. Barang-barang seperti wang, mata wang, perhiasan, logam mulia dan intan permata disingkirkan daripada "Kanada" dan dihantar ke "Reichsbank" (Bank Negara).Mereka yang dipilih untuk dipunahkan dihantar ke salah satu daripada empat kompleks bilik gas / krematorium raksasa, yang kesemuanya terletak di pinggiran kem. Dua dari krematorium ini (Krema II dan Krema III) masing-masing mempunyai ruang untuk melepas pakaian di bawah tanah serta bilik gas, yang masing-masing boleh memuatkan ribuan orang. Para korban diperintahkan melepaskan seluruh pakaian dan meninggalkan harta milik mereka di ruang ganti pakaian di sebuah lokasi yang dapat mereka ingat, lalu disuruh masuk ke bilik gas di sebelahnya.Begitu para korban terkunci rapat di bilik itu, zat beracun Zyklon B dikeluarkan dari lubang-lubang di langit-langit. Bilik-bilik gas di Krema IV dan V terletak di muka bumi dan Zyklon B dicurahkan melalui tetingkap-tetingkap khas di dinding. Sejumlah tahanan kem yang terpilih yang disebut Sonderkommandos mengeluarkan mayat-mayat dari situ dan kemudian membakarnya di sebuah ruangan oven yang merupakan sebahagian dari bangunan yang sama.Pada Mac 1944 Jerman menyerang Hungary. Antara Mei dan Julai 1944 sekitar 438.000 orang Yahudi dari Hungary dideportasi ke Auschwitz-Birkenau dan majoriti daripada mereka dibunuh di sana. Ketika semua krematorium di situ kewalahan, mayat-mayat itu dibakar di lubang-lubang terbuka.Banyak orang Gipsi ditahan di sebuah bahagian khas dari kem itu. Kebanyakan dari mereka ditempatkan di unit-unit keluarga. Mereka digas pada Julai 1944. Pada 10 Oktober, 800 anak-anak Rom secara sistematik dibunuh di Birkenau.Pada 7 Oktober 1944, para Sonderkommandos Yahudi (para tahanan yang dipisahkan dari kem utama dan terlibat dalam operasi bilik gas dan krematorium) melakukan pemberontakan. Para tahanan perempuan menyeludup bahan-bahan letupan dari sebuah kilang senjata, dan krematorium IV sebahagian hancur kerana sebuah letupan. Lalu para tahanan itu berusaha melarikan diri, tapi semuanya - 250 orang - telah terbunuh.Anne Frank
Di antara para tawanan di kem konsentrasi Auschwitz adalah 15 tahun Anne Frank, yang terkenal di seluruh dunia untuk buku hariannya tentang hidup dengan keluarganya di bilik tersembunyi di belakang pejabat di Amsterdam untuk mengelakkan penganiayaan. Kisahnya hanyalah salah satu dari lebih daripada satu juta tragedi terikat ke kem konsentrasi Auschwitz.
Diangkut ke kem pada bulan September 1944, Anne terpaksa jalur untuk untuk Desinfeksi, telah dicukur kepalanya dan nombor tatoo di lengannya sebelum dia dimasukkan ke dalam kerja paksa. Jika ia telah hanya beberapa bulan lebih muda, ia telah digas pada saat kedatangan seperti semua anak di bawah usia lima belas tahun itu.
Anne kemudian dipindahkan ke kem konsentrasi yang lain bernama Bergen-Belsen di mana dia meninggal bersama-sama dengan kakaknya selama wabak tifus. Ini hanya beberapa minggu sebelum kem itu dibebaskan oleh pasukan Soviet pada tarikh 27 Januari 1945. Tarikh ini sekarang ditandakan setiap tahun sebagai Hari Peringatan Holocaust Antarabangsa.
No comments:
Post a Comment