Terlebih dahulu sebelum menyambung cerita, saya dan famili ingin mengucapkan
selamat menyambut maal hijrah
kali 1432 H
kepada semua umat islam
Setelah beberapa jam didalam bas yang akan menuju ke madinah itu ,bas kami yang naiki behenti disatu tempat perhentian di tepi jalan,tempat itu seperti R&R dekat lebuhraya PLUS,cuma bezanya sekeliling tempat itu hanya kelihatan padang dan bukit yang berpasir,tiada satu pun tumbuhan yang berada disana.terlintas sejenak di fikiranku betapa besar ciptaanNya terhadap bumi ini .berbeza di malaysia yang mempunyai hutan yang menghijau,kawasan itu penuh dengan debu yang kecoklatan warnanya.aku meluru keluar dari bas itu mengikut semua yang lain mengerjakan solat sunat Dhuha di dalam masjid kecil di hentian itu,sesudah itu aku melihat bangunan di sebelah masjid yang merupakan kedai serbaneka disitu.aku lihat tiada bangunan lain disekililing kecuali pada hentian itu.para jemaah lain banyak menggunakan peluang itu untuk berehat dan menikmati pemandangan tanah arab itu dan ada juga ke kedai runcit yang berdekatan.
inilah tempat rehat itu
berpose sebelum ke madinah ...huahuahua
disitu ada kedai serbaneka
setelah berhenti selama 15 minit,kami meneruskan perjalanan ke madinah dengan adakalanya mutawwif di depan bercerita tentang sejarah kota madinah,melalui ceritanya aku dapat mengetahui serba sedikit mengenai penubuhan kota madinah dan bagaimana tercetusnya perlembagaan yang pertama di dunia telah dihasilkan di madinah,aku ada dengar melalui cerita mutawwif daripada matapelajaran sejarah di sekolah sebelum ini(walaupun kebanyakan ceritanya aku lupa benar).sesekali mutawwif itu berhenti bercerita,sekali lagi suasana dalam bas menjadi senyap.ada juga yang keletihan tertidur akibat perjalanan jauh itu,aku melihat dari balik cermin bas hanya kelihatan padang pasir ,tiada bangunan atau apa-apa pencakar langit yang menghiasi pemandangan disitu,hanya suara dari earphone sahaja yang berkumandang dari telinga aku,sekali sekala aku membuka channel radio disitu,dan seperti yang aku jangkakan tiada Era .fm yang bersiaran disitu melainkan hanya lagu berbahasa arab yang diputarkan disitu,aku layan sahaja lagu arab tersebut sehinggalah mata aku berat sekali lagi dan selepas itu hanya kegelapan yang melayah muncul.
selepas beberapa jam tertidur,aku tersentak dan mendapati bas itu berhenti satu tempat,masih lagi di tengah jalan tetapi bas itu seakan berhenti untuk sesuatu,kelihatan dari balik cermin bas itu ada tentera@polis yang berkawal,mutawwif memberitahu bahawa bas itu berhenti untuk mendapatkan checkpoint sahaja kerana untuk masuk ke madinah dengan membawa ratusan jemaah dari negara asing,perlu diperiksa dahulu sebelum masuk,maklumlah untuk keselamatan negara mereka jugak kan,mutawwif memberitahu kita sudah berada hampir menuju ke kota madinah,di dalam hati aku tersimpan perasaan syukur bercampur takjub@excited,sebelum ini aku hanya dengar madinah menerusi buku sahaja dan hanya melihat masjid nabawi melalui gambar,kali ini aku telah mendapat peluang olehNya bukan untuk berseronok tetapi mendekatkan aku lagi terhadap islam itu sendiri dan bagaimana peranan madinah itu sendiri dalam penghijrahan nabi muhammad dan rakan-rakan ke kota itu.sekali sekala terdengar juga suara mutawwif yang menunjukkan peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku di kota itu ,tak ubah macam pemandu pelancong.hati sekali lagi takjub bila melihat dari belah kiri bas itu masjid nabawi yang tersergam indah ,yang ditepinya kelihatan perkuburan baqi di sebelahnya.perkuburan baqi' adalah kawasan perkuburan bagi penduduk Madinah dan sesiapa yang meninggal dunia di Madinah (termasuk para haji dan umrah) Rasulullah selalu menziarahi Baqi’ Baginda mengucap salam, berdoa memohon keampunan serta rahmat Allah kepada mereka yang dikebumikan disitu.bas itu menghala pula ke sebuah lorong yang kiri kanan terbina bangunan-bangunan yang mencuar tinggi,bas itu mulai berhenti begitu juga 2 bas yang lainnya yang mengekori bas kami dari belakang,agak lama kami berhenti sambil melihat sekeliling tempat itu.banyak juga gerai -gerai yang menjual cenderahati seperti kopiah,sejadah dan lain-lain berada disitu.dalam hati berkata nak jugak aku turun dan melihat barang-barang yang terjual disitu,tetapi agak janggal pula kalau turun seorang diri .akhirnya ustazah norizah memberitahu bahawa hotel yang sepatutnya kami menginap akhirnya terpaksa bertukar dengan hotel lain kerana hotel yang sepatutnya kami menginap itu masih lagi diduduki oleh jemaah yang lain,jadi akhirnya kami bertukar hotel pula yang bernama Dayar Al Taiba atau dalam bahasa melayu aku sendiri pun tahu...(huhuhu..poor arabic) dan mula menyorong beg merah masing-masing.bellboy berbangsa arab hotel itu pula sibuk memunggah bagasi(yang ternyata sekali lagi,beg ayah memonopoli semua bag yang ada disitu dari segi saiznya,tidak terkeculai beg aku yang bercorak military berwarna kelabu yang juga turut besar).bellboy membawa semua beg itu kedalam lobi hotel yang bagi aku amat sesak sekali dibuatnya,itu belum tambah jumlah jemaah yang akan masuk ke lobi itu,lagi sesak.lalu ramai yang memutuskan yang muda tinggal di luar dan yang muda di luar,ada juga yang berehat di ruang makan hotel itu ditingkat atas setelah mendapati kerusi di lobi kurang.aku dan tok tih segera ke tingkat atas setelah ustazah memberitahu kami boleh ke tingkat M untuk duduk disana sementara menunggu proses check in bilik berlaku.aku hanya nampak tok tih dan terus ke lif ke tingkat atas iaitu tingkat M kalau dilihat dekat butang lif itu.sampai di M aku dan tok tih terus mengambil tempat duduk.kak sya juga tidak terkecuali tanpa suami disisi,mungkin layan mat arab gamaknya.selepas itu kami diminta semua ke lobi dan ustazah dan anaknya muhsin mula menyerahkan kunci mengikut famili atau mahram masing-masing,memandangkan nek itam is the only lady in my family yang ikut rombongan ini,maka seperti biasa beliau berkongsi bilik dengan dua rakan jemaah yang dikenalinya semasa di bangladesh lagi.aku,ayah,tok tih dan tok cu memasuki lif setelah mengambil kunci bilik tadi dan terus menekan nombor 8 pada lif itu,sambil membawa beg sorong dan bagasi beg masing(ternyata beg besar ayah dan aku kasi ruangan kat lif itu sempit lagi) dan perjalanan kami terus terhenti di depan pintu yang terpampang nombor bilik 802 diatasnya,ayah terus membuka kunci bilik itu dan didalamya telah memuatkan 4 buah bed seperti bilik hotel di bangladesh,muat-muat sahaja bagi bilangan kami ketika itu,setelah mengerjakan zuhur aku melihat terus pemandangan dari tingkap bilik hotel bilik kami yang strategik menghadap masjid nabawi dan juga paling jelas disitu perkuburan baqi,perkuburan yang juga menempatkan kubur saudara dan rakan -rakan rasulullah terus menarik perhatian tidak kira penduduk tempatan dan juga jemaah asing dari pelbagai negara.kami diberitahu bahawa beberapa minit untuk keasar iaitu dalam pukul 3,waktu solat di tanah arab berlainan bagi kita di malaysia yang asarnya selau pukul 4.30,dekat sini nak dekat pukul 3 dah berbunyi azan dah.kami mula bersiap setelah asar hendak datang menyusul.tok cu dan tok tih bergerak keluar dari hotel terlebih dahulu sebelum aku dan ayah berbuat demikian.aku dan ayah tanpa berita melulu keluar dari hotel tanpa disedari bahawa kami dikehendaki makan tengahari terlebih dahulu,maka kami yang menunggu kelibat tok tih dan tok cu dari dalam perkarangan masjid nabawi mula resah dan berkeputusan balik ke hotel,aku memberitahu ayah bahawa mungkin mereka makan terlebih dahulu.tetapi aku tetap merasakan bahawa pengalaman ke masjid nabawi pada petang itu adalah satu pengalaman yang berharga walaupun ianya seketika,ini kerana aku dikira sudah make a first step disitu.
perkarangan masjid nabawi
kami sampai di hotel aku terus menekan M untuk ke ruang makan,ayah kat situ hanya memerhati sahaja,buka sahaja pintu lif kelihatan banyak para jemaah berada disitu dan aku melihat nek itam yang duduk dengan kak sya disatu sudut nampaknya sudah mengambil makanan beliau.aku juga turut mengambil makanan yang dihidangkan walaupun pada masa itu makanan sudah nak hampir habis akibat kelambatan kami kesitu.tok tih dengan tok cu juga ada disitu duduk di satu sudut.selepas makan kami terus bersama para jemaah yang ingin menunaikan asar di masjid nabawi terus keluar dari hotel lalu berjalan beberapa meter menuju ke tempat kedua paling suci dalam islam itu.as we know sebelum ini diberitahu bahawa masjid juga menempatkan pelbagai makam terutamanya makam rasulullah.jadi adalah amat bersyukur apabila aku sendiri berpeluang kesini walaupun untuk hari ini sudah 2 kali aku singgah ke mari ,walaupun pada kali pertama aku dan ayah kesana sebab tersalah maklumat.jadi kali ini aku dan ayah pergi bersama jemaah as-solihin yang lain,turut berada disitu abang azmi.setelah berada di perkarangan masjid itu,kami melihat jemaah as-solihin yang lain beserta seorang mutawwif seakan berdoa sesuatu disitu,kami turut menyertai mereka untuk berdoa bersama sebelum kami berhenti dan mutawwif tadi mengarahkan kami supaya maksud ke dalam masjid.hendak pula aku pada masa tu ke bahagian raudhah iaitu bahagian depan yang paling menonjol pada masjid itu,disitu juga terdapat makam rasulullah dan tempat itu juga dipanggil taman-taman syurga.banyak orang cakap yang kedudukan makam nabi muhammad itu boleh ditentukan melalui kedudukan kubah hijau pada masjid tersebut.iqamat berkumandang dan kami serta merta kedalam bangunan masjid untuk mencari tempat bagi melakukan solat,ironinya disini selepas kami solat fardhu seperti asar disini,kami selepas itu akan melakukan solat sunat jenazah(bagi sesapew yang nak ar)yang dimana setiap hari ada sahaja mayat yang akan diletakkan di depan imam bagi disolatkan,tak kiralah ianya isyak ke,maghribke ada je lori pembawa mayat yang akan datang ke masjid,itu belum kat masjidil haram lagi yang akan aku cerita kat chapitre barapa entah..diharap anda stay tuned....hehehehe..anyway selamat menyambut maal hijrah.
No comments:
Post a Comment