Saturday, December 4, 2010

CHAPITRE 5:UMRAH:13 JUN 2010 PART 1

Perjalanan Dari Dhaka ke Jeddah bakal mengambil masa 6 jam...jadi ianya agak memeningkan sekali lagi kerana walaupun aku suka tengok pemandangan yang berada di bawah yang dimana rumah-rumah besar kelihatan kecil bagi aku,tapi its totally membosankan,tapi nasib baik juga ada earphone pada masa itu kerana sedikit sebanyak dapat menghilangkan kebosanan yang melanda disitu,waktu kami bergerak dari dhaka lebih kurang dalam pukul 11.00 malam ini bermakna kami akan sempat untuk melakukan solat subuh di jeddah.seketika aku mendengar lagu menerusi earphone,aku terfikir macammana keadaan berada di tanah arab nanti,sebelum ini kulihat di tv sahaja,jadi ianya pasti berbeza apabila aku sendiri berada di sana nanti,adakah tempat itu panas?,nak sahaja aku tanya ayah aku pada masa itu(ini kerana ayah sebelum ini sudah pergi kesana,jadi dia lebih tahu situasi di tanah arab),tetapi memandangkan kepala aku sudah pening berada di pesawat tu jadi aku memutuskan untuk tidur sahaja selepas itu.

beberapa jam kemudian ayah membangunkanku,aku melihat lampu flight terbuka dan ini membuatkan mata aku pada masa itu mengerenyet.buat beberapa aku memandang ayah dan nek itan disebelah sebelum mata ku ditujukan pula pada satu bekal beserta cawan  yang mengandungi air mineral.

"ooohh,dah waktu makan lar ni"cakapku sendirian didalam hati lalu kumembuka penutup bekal itu dan mendapati ianya makanan yang sama dengan flight semasa aku bergerak ke dhaka tempohari,lupa pula bahawa pada masa kami masih menggunakan pesawat milik syarikat penerbangan bangladesh.selepas makan aku kembali tidur,nek itam yang duduk sebelah aku pun sudah lama melelapkan mata saat aku baru habis makan tadi.

selang beberapa minit selepas itu,aku tersedar dan akhirnya mendapati keadaan flight kembali gelap dengan hanya beberapa lampu kecil sahaja yang dipasangkan,terdapat satu keanehan disitu apabila aku memandang sebelah bahawa nek itam sudah terbaring atas dua seat sekaligus .tempat yang dimana kakinya berada sekarang iaitu dimana tempat ayah aku duduk sebelumnya.aku menoleh untuk mencari pada ketika itu tetapi tidak kelihatan,lalu aku berfikir kenapa mak itam baring sebegitu,mungkin kerana penat agaknya .selepas itu aku terlelap kembali tanpa memikir balik kejadian itu.

selepas beberapa lama dalam flight itu,aku terasa bahawa pesawat itu sudah merendahkan kedudukannya,lalu aku membuka mata dan kelihatannya kami sudah sampai ke destinasi.aku lihat sebelah dan ayah sudah kembali di tempat duduknya,aku tidak mahu menyoal apa yang terjadi tadi .

setelah kami telah diberitahu sudah sampai di King Abdul Aziz Airport di Jeddah,kami mula menyiapkan diri dan memeriksa segala barang tidak tertinggal disitu,aku memeriksa beg sandang kecil yang menempatkan pasport ,handphone serta buku panduan umrah berada disitu.setelah pesawat berhenti dan ayah yang duduk di tepi mula mengeluarkan beg sorong kami dari atas dek dan memberikan kami sekeluarga setiap satu tok cu dan tok utih yang duduk selang sebaris kehadapan dari kami juga mengeluarkan barang mereka dan juga para jemaah lain disitu melakukan kerja yang serupa,kami berbaris dan menunggu untuk keluar dari flight itu,nek itam dibiarkan sahaja duduk terlebih dahulu kerana beliau nampaknya masih lesu.setelah orang dihadapan mula melangkah perlahan keluar ,kami pun turut bergerak dari situ,ayah kelihatan memandu nek itam keluar dihadapannya.

sampai sahaja kami sekeluarga melangkahkan kaki kami di lapangan itu,aku merasa bersyukur sahaja kerana tidak terjadi pelbagai perkara yang diingini walaupun aku masih tidak pasti akan kejadian tadi,hendak sahaja aku bertanya semasa kami menunggu bas yang akan mengangkut kami ke dalam bangunan airport,walaubagaimanapun aku tetap tidak bersuara tetapi tetap merasa bersyukur akan kepergian ini,sampainya bas angkut itu kami sekeluarga terus sahaja meluru ke dalam bas itu dan mendapati terdapat hanya beberapa tempat duduk didalamnya.nek itam dan tok utih duduk manakala aku,ayah dan tok cu berdiri.sesampainya kami di bangunan airport itu,semua jemaah tadi terus meluru turun ,masing-masing membawa beg sorong mereka.kami agak terlewat untuk turun kerana nek itam agak tidak sihat sahaja ,walaubagaimanapn tindakan kami untuk mengundang kemarahan pegawai airport itu yang menyuruh kami masuk dalam bahasa arab (ketika itulah aku mula percaya aku sudah berada di tanah arab).semasa kami sampai masa sudah menunjukkan pukul 6 pagi.

sempat bergambor di dlm airport...

nampak beg merah itu,itu semua beg jemah as-solihin tu

ayah berborak dengan abg azmi

anyway,selepas sahaja menunaikan subuh di lapangan terbang itu aku terus menemui ayah yang sudah berada lebih awal dari aku,kulihat abang azmi berada disitu,aku mendengar ayah berborak pasal nek itam,rupanya nek itam pengsan dalam flight tadi ayah menceritakan kejadian seolah-olah berita itu sangat buruk untuk didengar,baru aku tahu mengapa ayah tiada di tempat duduknya dan mengapa juga  nek itam terbaring didalam seat kapal terbang.aku berharap sangat yang perkara yang buruk berlaku selepas itu,selepas menunggu lama di airport,abang muhsin kelihatan dsitu dan terus mengajak kami bertemu dengan mutawwif kami disitu,dari susuk gaya tubuh dan percakapannya,im assumed him as indonesian.mereka semua terus membawa bagasi kami menuju ke bas ekspres yang terletak jauh dihadapan pintu utama airport itu,memandangkan di kenderaan di arab posisi driver disebelah kiri  maka kami menaiki bas itu dari kanan,aku yang belum  oversea kemana-mana membuat kesilapan apabila hendak menaiki bas itu dari arah kiri,so menyebabkan malu sebentar telah terjadi dsitu(nasib baik xde yang nampak time tu).aku diberitahu ayah dari airport lagi bahawa kami akan ke madinah sesampainya kami di jeddah dan aku memikirkan kepala aku pening lagi buat entah buat kali keberapa kalinya apabila mendengar bahawa kami memerlukan 6 jam lagi untuk sampai kesana(fuuhhh!!).semasa aku menaiki bas itu aku terkejut bahawa keadaan 6 pagi disitu kelihatan hampir pukul 8 kalau dekat malaysia sebab mataharinya sudah jelas kelihatan,aku melihat keluar tingkap bas dan melihat tok cu dan ayah masih berada diluar sedang berborak dengan abang muhsin dan juga mutawwif kami tadi.sebanyak 3 buah bas  bagi jemaah as-solihin sahaja  yang telah digunakan,kelihatan juga aku melihat mereka membawa masuk beberapa bekal makanan lalu ditempatkan dalam ruang bagasi(seperti biasa ,beg ayah yang paling banyak makan ruang kerana terlalu besar).aku lihat kak sya dan abang azmi mengambil tempat duduk sama baris dengan aku,aku duduk berseorangan walaupun seat disitu sesuai untuk dua orang duduk didalamnya,nek itam pun duduk berseorangan di seatnya di hadapan aku,memandangkan aku baru sahaja membeli kad sim dari arab,aku mulai menelefon rakan aku yang bernama Najihah Najlaa .
dia amat terkejut apabila aku menelefonnya dari jeddah dan seperti biasanya dia akan bercakap dalam pelbagai loghat lalu mencampur adukkanynya menjadi pelbagai slang disitu,selalunya dia akan cakap loghat penang sebelum dia akan tukar loghatnya kepada negeri sembilan(memang najihah tu,hahah sori jihah),semasa menelefonnya turut menyibuk disitu adalah setaf yang aku kenali semasa praktikah iaitu Kak hidayah aka Dano,semasa bercakap dengan mereka aku ketawa dengan amat kuat sekali sehingga menyebabkan kak sya memandang aku dengan semacam,aku mengendahkan saja lalu meneruskan perbualan.selepas aku berbual dengan mereka,ayah ,tok cu dan abang azmi yang keluar semasa aku membuat panggilan tadi mulai masuk kedalam bas,ayah dan tok cu mengambil tempat duduk paling belakang iaitu dibelakang aku.kedengaran suara mutawwif yang berdiri  di depan bas lalu memberikan salam.

"assalamualaikum tuan -tuan dan puan-puan,alhamdulillah syukur kepada ilahi bahawa tuan-tuan dan puan-puan selamat sampai disini,ya"ujar mutawwif dan selepas itu beliau memutuskan untuk membaca doa dan memaklumkan bahawa kami akan madinah perjalanan mungkin mengambil masa 6 jam.

semasa kami mulai bergerak meninggalkan airport itu,mutawwif itu tidak berhenti-henti membaca doa supaya perjalanan kami ke madinah lebih diberkati.

ikut kata mutawwif itu,kalau time haji mereka akan kumpulkan semua jemaah disitu sebelum bergerak ke madinah,ianya terletak berdekatak dengan airpot tadi.

wahid ...isnani..salasa..huhuhu..nombor plat bas aku.

so,selepas itu bas itu berhenti sebentar di sebuah tempat yang tidak aku sendiri tidak ketahui,kami berhenti untuk  sarapan pagi,mereka mula mengedarkan bekal makanan yang dibawa masuk ke dalam bas tadi,aku duduk sebelah nek itam ,untuk memastikan dia tidak pengsan kali kedua buat masa itu,tapi kelihatan  beliau nampak masih kuat,mungkin gembira benar sudah sampai ke tanah arab walaupun kami baru sahaja sampai di jeddah.sarapan pagi hari itu kelihatan seperti makanan indonesia dan seperti biasa ayah menghabiskan  makanannya begitu cepat semasa aku baru mencapai pisang untuk pencuci mulut.tok cu memintaku membelikan kopi untuk kami sekeluarga dengan menyerahkan 10 riyal,BTW,aku rasa aku lebih reti guna duit Riyal berbanding duit bangladesh kerana ianya jauh tak ubah macam Ringgit,dan kalau mengikut dari segi nilai ringgit hanya tinggi beberapa sen dari riyal.selepas menyerahkan semua kopi kepada tok cu,nek itam,tok tih dan ayah,aku mengambil baki kopi aku dan meneguknya.perjalanan kami diteruskan selepas sarapan itu dengan pemandangan padang pasir dikiri kanan kami.

No comments:

Post a Comment