Thursday, December 2, 2010

CHAPITRE 4:UMRAH:12 JUN 2010 PART 3

hello dan assalamualaikum,hari ini aku nak teruskan pengembaraan(cehhh~~~)aku semasa di negara bangladesh ni.best sangat ke kat situ...nak tau best ke tak...terus kan baca okies....

ok selepas kami makan,di ruang atas hotel tersebut,aku dan yang lain-lainnya terus ke bilik kerana waktu tersebut hendak masuk zuhur....aku tak tahu waktu zuhur kat sini bila..so kamipun bersembahyang ikut waktu zuhur malaysia,lagipun kalau nak diikutkan matahari pun sudah berada tegak da pun.selepas bersembahyang aku cuba bukak my lappy(laptop) kalau hotel ini ada wireless service,tetapi akhirnya kecewa sebab satu line pon tak dapat lalu aku hanya melayan saja video-video yang kudownload sebelumnya untuk mengisi masa bosan.dalam hati ini nak je bersiar-siar kat sekitar hotel itu,yelah nak tengok negara orang kan(besides,it was my first time),nak tengok juga apa yang menariknya disini,tetapi bila melihatkan ayah dan dua atukku mula membuka baju masing-masing dan hanya berborak panjang pada masa itu,hasrat itu terpaksa dibatalkan,yalah mana tahu kan kat bangla tu ada jew pencilok .semakin bosan melihat video dalam laptop ,aku berkeputusan untuk menyambung tidur yang tergendala tadi,my lappy sudah kututupkan lalu aku menarik bantal dan terus melelapkan mata untuk tidur .....

tersentak dari jagaku beberapa minit kemudian,pandangan rasa kabur lalu mulai beransur hilang,melihat muka ayah yang memandang aku,aku terus mengurut-urut mata lalu memandang ayah semula..aku memandang jam pada dinding hotel itu sudah hendak masuk pukul 4.

"dah puas tidur, cepat siap,kita nak gerak ni"kata ayah.

"eh kamu ni tidur je..nak jadi haji dia boleh tidur pula.."sela tok utih

aku yang faham akan destinasi yang dimaksudkan oleh ayah itu mula mengambil tuala dan tersenyum ke arah tok tih tadi,nampaknya beliau dah mengambil mandiannya tadi,memandangkan kali terakhir aku mandi semasa   aku kat malaysia lagi,jadi rasanya lebih baik aku mandi sebelum status badan aku menjadi sama jenisnya dengan penduduk bangla.selepas mengambil mandian, aku terus membuka beg sorong merah yang tertera logo as-solihin tadi.nasib baik aku tak letak semua baju kat bagasi,sebab masa tu bagasi kitorang masih kat airport memandangkan pula kami hanya singgah sebentar sahaja disini.kami kelihatan sepakat untuk tidak memakai kopiah ketika itu kerana mungkin suasana di bandar nanti menjadi panas,melihat saja aku sudah siap  bersama beg sandang merah As-solihin ketika itu.tok cu memutuskan kami untuk keluar memandangkan kami harus bertolak dalam pukul 4.30 petang waktu bangla.kami semua turun ke lobi dan mendapati banyak jemaah sudah berada di lobi,setelah sahaja kami duduk di lobi,kak sya dan suaminya muncul menuruni tangga untuk ke lobi.nek itam beserta dua kawan barunya juga sudah lama muncul.abang muhsin yang mengetuai tadi muncul dan terus ke kaunter bagi menguruskan perjalanan kami untuk bersiar-siar disini..setelah melihat semua jemaah kumpulan 1 sudah turun ,abang muhsin tadi memberitahu kami semua boleh bergerak sekarang,kami yang semuanya duduk serta merta bangun menuju ke pintu depan hotel itu,sampai sahaja diluar hotel itu,aku melihat van yang kelihatan seperti bas mini yang membawa kami ke hotel tadi muncul,semua mengambil tempat duduk masing-masing,aku duduk di depan bersebelahan dengan nek itam,setelah seat van itu muat-muat sahaja bagi kumpulan 1 jemaah itu.kami terus bergerak ke tempat yang kami semua tidak ketahui.

perjalanan kami pada petang itu juga telah dibantu oleh seorang warga bangla yang kelihatan berada di kaunter hotel tadi,beliau walaubagaimanapun kelihatan amat fasih berbahasa melayu walaupun ada tutur katanya yang tidak jelas.kami dibawa berjalan-jalan di sekitar bandar itu,ianya kelihatan seperti berada di india (memang tak hairan india dok bersebelahan ngan bangla).selepas lama berjalan aku lihat van itu sudah mulai masuk ke ke kota,kelihatannya traffic jam kat sini lebih menakutkan dari negara kita malaysia,ditambah lagi habit pemandu kat sini yang suka menekan hon tanpa sebab dan juga tanpa henti menyebabkan nek itam yang berada di tepi kelihatan tidak selesa dengan suasana begitu,bunyi hon kedengaran jelas seluruh pelusuk kota tu,ada juga teksi yang menyerupai "tuktuk" yang ada thailand tu cuba mengubah lorong padahal ruang untuk dia mengubah kelihatan kecil,tetapi kelihatan mereka sudah terbiasa dengan keadaan itu,bukan bagi kami yang asing disini ,tapi walaubagaimanapun hanya sesetengah tempat sahaja yang tidak sesesak yang tadi,perjalanan kami kelihatannya terpaksa diteruskan kerana kalau kami singgah di tengah-tengah kota,ianya kelihatan tidak selesa untuk kami berada disitu,lalu van tersebut mula menghala ke suatu tempat yang kelihatan seperti taman rekreasi bagi aku kerana ditengah-tengahnya kelihatan ada tasik yang mengelilingi tempat itu,disitu juga terdapat satu jambatan yang menarik perhatianku seketika.tasik itu diberi nama Crescent Lake,mungkin tasik itu berbentuk bulan sabit kerana ianya kelihatan mengelilingi taman itu.van itu memberhentikan kami disitu,kami yabg berada di dalam terus keluar dari van itu dan memandang tempat kami berada sekarang .ada satu jambatan yang merentangi kedudukan kami pada ketika itu dengan taman yang bersebelahan dengannya,aku ,ayah dan tok tih mula menangkap gambar ditepi tasik itu,dan inilah hasilnya.

peace....again

kenangan bersama tok tih


ayah with tok tih

x abis2x peace


abg azmi,me,kak sya

selepas menangkap di pinggir tasik itu tadi,kami mula menuju je jambatan untuk masuk ke dalam taman rekreasi,ianya kelihatan taman rekreasi yang biasa yang dimana landskap disana digubah dengan cantik disamping suasananya yang lebih aman damai dari tengah kota tadi.aku lihat banyak juga warga bangladesh yang duduk beriadah disitu,aku merasa begitu asing kerana ramai warga bangla melihat kami seperti makhluk asing dari angkasa lepas,mereka melihat begitu kerana mungkin belum pernah melihat orang seperti  kebiasaanya berjalan-jalan disitu,aku juga ada melihat ramai warga mereka yang menjual barangan disitu dan juga yang meminta sedekah,ooh ye akulupa nak ceritakan satu peristiwa yang dimana kamera aku hampir terlepas dari genggaman semasa sekumpulan kanak-kanak bangla berlari mengejar kami untuk meminta sedekah. its totally crazy, but memang tak boleh salahkan mereka sebab negara mereka tak macam kita(tapi walau semaju mana malaysia pun,aktiviti sedekah kat ibu kota kerap berlaku),ditengah-tengah taman kelihatan seperti satu struktu berbentuk memorial berdiri megah ditengah -tengah bukit itu,depa kata yang memorial dibina bagi memperingati salah seorang pemimpin mereka yang mati dibunuh(itu kata depa ar cik pon tak tau betol ketak),anyway aku lihat tok cu mendekati seorang wanita tua warga bangla duduk di tepi jalan seperti menjual sesuatu.

jambatan yang menghubungkan ke taman

antara barang jualan yang ada disitu


tulah memorial yang aku cakap tadi tu

ooo..mak cik jual rokok ngupewnyew



tok cu yang tadi memerhatikan nenek itu menanyakan nenek itu berapa harga rokok yang dijualnya,tetapi tok cu bercakap dengannya dengan bahasa melayu menyebabkan beliau kelihatan tidak faham,tetapi walaubagaimanapun,nenek tua tu seakan -akan tahu akan makna tok cu itu,kerana tok cu sering mengunjukkan tangannya ke rokok jualannya lalu nenek berkata "ten taka"kerana dia tahu tok cu adalah seorang pelancong disitu,tok cu sempat bergurau dengannya sambil berkata

"satu ratus taka bolehka,,duit ini boleh ka..."sambil menunjukkan duit seratus yang berwarna biru itu

nenek itu menggeleng dan kulihat tok cu ketawa melihat gelagat nenek itu,kami mula meninggalkan nenek itu dan mula tidak mengetahui kemana hendak dituju.sambil berborak-borak kami terus menghala ke arah jambatan dan aku terus masuk ke dalam van,tok tih ikut sama masuk ke dalam kecuali ayah dengan tok cu yang masih berlegar-legar diluar,nek itam antara yang hanya mampu duduk di dalam van,mungkin penat  dan panas agaknya,kali ini aku terus ambil tempat duduk tepi tingkap kerana sebelum itu aku duduk tengah-tengah,aku kalau naik apa suka duduk tepi tingkap biasanya.ditambah lagi masa tu panas menggila.aku juga ada nampak satu bangunan yang kedudukannya di  betul depan-depan taman tasik tadi.bangunan besar dan senibinanya juga agak mengagumkan,bangunan yang kelihatan berwarna kecoklatan itu adalah merupakan bangunan parlimen bagi kerajaan bangladesh,teringat pula masa tu akan bangunan parlimen kita itu. 

nilah bangunan parlimen itu

tok cu dan abang muhsin yang berbaju biru.

selepas itu kami meneruskan perjalanan melewati pinggir kota tersebut,aku menyedari bahawa pemandu van tersebut seakan-akan sengaja me"lari"kan kami dari jalan kota kerana ianya kelihatan sesak dan memeningkan mata untuk melihatnya,so dia sengaja membawa kami melewati kawasan pinggir kota yang walaubagaimanapun masih ada kesesakan,cuma ianya tidak sesesak tadi



rilek je abg tu kan

masa aku pergi..tengah demam world cup kat south africa

pasar-pasar di pinggir bandar


dengan menggunakan jalan pinggir bandar termasuk jalan kampung mana ntah kat bangla tu.kami dapat melihat aktiviti - aktiviti mereka yang duduk di luar bandar,ada yang mandi sungai lar,tangkap ikan lar macam -macam lagi,ada juga aku lihat rumah-rumah mereka didirikan di tepi sungai,rumah yang dibina itu kebanyakan dibuat dari zink atau papan.melihat keadaan mereka sebegitu,terdetik hati aku macammana aku di tempat mereka,aku tidak boleh hidup dengan my lappy kalau aku ditempat mereka,mungkia aku kena buang sikap prejudis aku terhadap mereka selama ni,kerana sebelum ini aku anggap mereka sebagai kutu rayau di kota kuala lumpur,tetapi melihat kehidupan mereka disini ianya sedikit banyak menginsafkan aku(insaflew sgt).


so,sebelum balik ke hotel kami menuju ke sebuah supermarket yang terletak hanya beberapa meter dari hotel kami menginap,perjalanan hendak ke sana juga sesak ini kerana disitu ada terletak apa yang aku tengok sebagai sekolah tinggi mereka di dhaka,masa tu aku tengok mereka dah tamat masa persekolahan mereka.jadi keadaan pada masa itu sesak akibat banyak kenderaan ibubapa yang hendak mengambil anak mereka dari sekolah
ni gaya budak bangla balik dari sekolah

sesampai supermarket kebanyakan jemaah turun dan pergi ke sebuah bangunan yang dimana supermarketnya ditingkat dua,sampai disana pekerja disana seakan memerhatikan sahaja gerak geri semua jemaah yang mengeremuni pasarraya berkenaan,dan yang paling aku tak tahan sangat sampai kan ada pekerja yang bercakap bahasa apa entah dekat aku,rasanya nak tampar pulak minah itu tapi kusabar dan dengan hanya tersenyum kecil,aku bercakap dalam bahasa inggeris yang menyatakan aku dari malaysia,dia seakan tak percaya kerana dia ingat aku orang bangla...totally LOL..ikutkan hati nak jew aku pakai baju melayu time tu..hahahah...aku hanya beli pencuci muka memandangkan aku terlupa terus membawanya dari malaysia.dan yang agak pelik bagi aku,mereka kat sini tidak memakai beg plastik macam kita kat malaysia,tapi mereka pakai macam karung seakan guni yang diikat dengan tali.walaubagaimanapun aku gembira akan kelainan ini sebab ia beri aku berfikir macammana sesebuah negara itu bekerja.lepas itu sepeti yang dirancangkan kami kembali ke  hotel sambil kami terkejar-kejar asar sebab maghrib maikn hampir(van tu tak singgah kat mana2x masjid tdpon) dan lepas itu kami dijangka akan bertolak ke jeddah dalam pukul 8.00 malam.lepas maghrib aku mengemas semula barang termasuk my lappy ke dalam beg sorong berwarna merah itu,semua yang ada dalam bilik itu dah mengambil mandian masing-masing dan mula mengemaskan barang untuk berangkat jeddah sekejap saja lagi,masa semakin hampir pukul 8.00,kamipun mengambil beg masing-masing untuk turun ke lobi.kupasti juga dalam beg sandang ku ada telefon bimbit,dompet,kamera,dan pelbagai lagi berharga supaya tidak tertinggal,kali ini aku yang memegang kunci seperti kebiasaanya untuk diberikan kepada abang muhsin nanti.kami berempat pada masa tu seragam berkopiah,terdetik hati aku yang kuat mengatakan bahawa rumah allah itu sudah semakin hampir sahaja untuk aku melawatinya,aku lihat keluarga enam beranak sudah ada di lobi,memang kebiasaan mereka turun awal agaknya,setelah semuanya turun abang muhsin yang sudah lengkap berbaju melayu ungu meminta semua kunci bilik kami,aku terus memberikan kunci itu kepadanya.setelah semuanya selesai kami semua jemaah kumpulan 1 keluar dari hotel itu,kami memberikan lambaian kepada pekerja hotel disitu yang kami rasa agak ramah pada kami.semasa dalam perjalanan ke airport ,baru aku tersedar akan jemaah kumpulan 2,aku tidak mengingati nama hotel mereka menginap dan semasa kami bersiar di kota dhaka pun tidak nampak kelibat mereka.aku meninggalkan fikiranku itu seketika dan menjenguk ke luar tingkap van itu untuk melihat suasana malam disitu(dan seperti biasa hon kereta memeriahkan keadaan).sampai sahaja di Hazrat Shahjalal International airport,senario yang biasa berlaku semasa kami tiba juga berlaku,sekumpulan kanak-kanak mula mengerumuni kami yang semasa itu hendak memunggah barang di bonet van.aku mencapai dompet dan melihat ada beberapa duit taka yang rasanya tak digunakan pada masa itu lalu memberikan saja pada budak itu(disebabkan aku ni jenis rabun malam dan suasana pada masa tu gelap,so aku tak tahu aku bagi berapa kat dia..hehehhe).selepas beg kami diperiksa pada pemeriksa x-ray(yekot namanya camtu),aku dapat melihat ustazah noizah iaitu ibu kepada abang muhsin tadi mula melambai-lambai kami yang menyuruh kami datang kepadanya dan kemudian memberikan tiket kepada kami,sambil menunggu jemaah kumpulan 1 yang lain semuanya menerima tiket-tiket masing,aku lihat suami isteri yang aku tak kenal sebelum ini,iaitu kak sya dan abang azmi sedang berbual dengan ayah dan nek itam.selepas itu kami terus ke kaunter perlepasan,seperti biasa attitude kerja penguasa bangladesh memang teruk sampai kan salah satu kawan nek itam iaitu kak faizah mendapat kesulitan untuk berlepas kerana bila ditaip nombor pasportnya tiada dalam data.disebabkan itu beliau terpaksa berjumpa ketua pejabat imigresen disitu dan menjelaskan segala-galanya.alhamdulillah ianya berpunca dari pihak mereka(yelar dah buat kerja boleh lak cakap dengan rakan sebelah mana tak silap...sengal).disebabkan bukan kami jemaah malaysia yang ter"kandas" di bangla,tapi ramai jemaah malaysia daripada agensi lain berada disitu,setelah lama menunggu akhirnya kami berjaya masuk ke pesawat,kali ini ayah menasihatkan supaya tidak terpisah kerana tak ramai yang akan duduk ikut nombot seat pada tiket mereka,jadi kami sepakat untuk duduk saling berdekatan,aku,nek itam dan ayah duduk dalam satu barisan yang dimana tidak jauh dari situ.

ayah hanya mampu tersenyum

aku pun tersenyum jua

sambil menunggu flight memulakan perjalanannnya,aku mula meletakkan headphone aku ke telinga ,disaat aku mendengar enjin pesawat menderum dengan kuat,aku melihat pesawat itu mula bergerak dari balik tingkap pesawat itu,aku juga boleh melihat sayap pesawat itu mula meninggi dari keadaan asalnya tadi lalu meninggalkan bangladesh dengan seribu sastu kenangan,tidak lama kemudian aku mulai tertidur dengan iringan muzik yang menembusi telinga ku....







No comments:

Post a Comment