Saturday, December 11, 2010

CHAPITRE 7:UMRAH:13 JUN 2010 PART 3

Inilah rupa hotel tempat kami menginap selama 3 hari di madinah..

assalamualaikum,aku nak sambung lagi cerita aku di madinah ,selepas asar hari itu kami terus ke hotel dan masuk ke bilik masing-masing,tetapi sebelum kami ke hotel ayah dan dua atuk ku sepertinya ingin melihat gerai jualan yang ada di tepi masjid itu.banyak juga barangan jualan seperti kopiah,tasbih,perfume,jubah,serban dan sebagainya terjual disitu.ayah dan tok cu nampaknya ingin membeli banyak kopiah untuk diberikan kepada surau di kampung aku,jadi mereka mencari kopiah yang agak murah.aku telah diberitahu oleh ayah bahawa  kalau nak beli barang beli kat mekah sahaja sebab ianya lebih murah,lagipun apa yang dijual di madinah ada juga di mekah,setelah mendapati tiada yang berkenan,akhirnya semua kaki menuju ke hotel.sambil-sambil menunggu untuk waktu maghrib pula.


sekitar dalam masjid nabawi yang ditangkap curik2x ...hehehe(mna ley tgkap picca kat dlm tu)

dalam masa hendak menunggu maghrib menjelang,kami diberitahu oleh ustazah bahawa petang itu kami akan dibawa ke satu kedai yang menjual pelbagai jenis kurma dengan harga yang murah,kami semua bersiap dan turun ke lobi,setelah berada diluar hotel,kelihatan satu van hotel yang sama sepeti van yang ada di bangla(tapi ni lagi besar sedikit,aku dapati ruang di dalamnya mulai penuh,tetapi walaubagaimanapun kami berempat akhirnya berupaya masuk kedalam van itu,aku terus mengambil tempat duduk di tepi pemandu setelah aku diajak terus ke depan oleh abang muhsin.memandang van itu penuh jadi jemaah yang beratus lagi dari as-solihin itu terpaksa menunggu,aku tengok ke belakang nek itam juga berada di dalam van itu,sambil-sambil kami berjalan ke tempat yang dituju ,aku sempat melihat keadaan di sekitar bandar madinah yang masih terasing rasanya bagi aku.



sampai di tempat yang dituju,kami semua yang berada dalam van mulai turun dan menuju kearah gerai yang ditunjukkan oleh ustazah itu,aku dapati banyak gerai lain disebelah gerai yang kami hendak tuju ini mula memanggil kami ke gerai mereka,tetapi kebanyakannya hanya menurut sahaja ke tempat yang ditunjukkan oleh ustazah itu,ustazah kata gerai yang kami lawati ini adalah antara yang menjual kurma yang berkualiti dengan harga yang murah berbanding gerai -gerai yang lain di sekitar situ,lagipun keesokannya pula kami akan melawat ladang kurma itu sendiri.beli kat ladang kurma adalah mahal berbanding beli diluar kata ustazah tu,jadi ayah ,nek,dan atuk ku mula membelek-belek kurma yang ada disitu,ada juga gula-gula yang berasaskan kurma juga turut dijual disitu.tok cu nampaknya mengeluarkann satu list barang yang hendak dibeli,ayah menyuruh aku mengambil banyak gula-gula yang ada disitu(walaupun aku bukan sangat benda tu),keadaan kedai amat sesak apabila van yang kami naik tadi mula membawa banyak lagi jemaah ke situ menjadikan gerai itu penuh sesak dengan jemaah as-solihin,aku tengok gerai yang lainnya tidak sesesak gerai yang lawati pada masa itu,ayah mula mencari-cari lagi benda yang hendak dibeli disitu,sebelum semua yang kami beli tadi telah kami letakkan dalam satu kotak kosong yang ada disitu,untuk lari dari kesesakan,ayah mulai mengorak langkah keluar dari gerai itu,menuju ke van yang membawa kami tadi ,aku melihat van itu pemandunya tiada di dalam,ayah menyuruh aku mengambil marker pen didalam kedai itu bertujuan untuk menulis senarai dan bilangan barang yang dibeli di dalam kotak itu,semasa menunggu driver van tersebut,aku dan ayah telah bertembung dengan dua mat arab yang menjual wangian atar dalam bentuk kotak,setiap satu berharga 20 riyal,ayah aku tidak membelinya sebaliknya aku terus memberi 20 riyal kepada mat arab itu,ingatkan ianya boleh diberikan kepada rakan-rakan di malaysia nanti.nek itam pun tidak ketinggalan membeli sama minyak tersebut.setelah itu,kami mulai meninggalkan tempat itu,ketika itu aku masih dapat melihat  beberapa jemaah as-solihin masih lagi mengerumuni gerai itu .sampai sahaja di bilik hotel,ayah terus menyumbatkan semua kurma yang dibeli dalam beg hijau besar yang berjenama Quicksilver tu(ooooo..ayah aku pakai quicksilver...jiwa muda...hehehehhe)yang ternyata beg itu muat untuk mengisi kesemua barang yang dibeli tadi.

"kalau letak kat dalam ni,senang tak payah nak mengangkat banyak beg nanti" jelas ayah aku ketika aku hendak melangkah mandi.jelas yang ayah aku jenis yang cintakan akan kelancaran dalam sesuatu kerja.lagipun aku dah faham sekarang mengapa ayah nak sangat beli beg itu.

pilih..pilihh...pilihhh

ayah dan nek itam


waktu maghrib disana tidak seperti di malaysia iaitu azan akan berkumandang sekitar pukul 7.11 dan ramai orang malaysia seperti kita menyangka akan waktu sebegitu adalah sembahyang asar,aku hampir pula pernah berniat asar pada ketika itu tapi nasib baik masa tu sempat tukar ke maghrib....aku terus ke bilik air setelah tok tih yang tadi mandi sudah mulai keluar.setelah mandi aku memakai jubah putih yang ayah aku belikan di bangi dan mula memakai wangi-wangian.dua tok aku juga memakai jubah,ayah juga memakai jubah tapi berpotongan pendek.setelah mendapati semuanya siap,tok cu memberitahu untuk membawa uncang atau beg palstik untuk ke masjid nanti .tujuan uncang ini supaya selipar yang dipakai oleh kami nanti boleh dibawa bersama-sama masuk sekali ke dalam masjid .melangkah sahaja kedalam masjid nabawi itu,aku dapati banyak bekas-bekas air diletakkan ditepi saf dan juga dikiri kanan jalan semasa dalammasjid itu,rupanya bekas air itu didalamnya terdapat air zam-zam.air zam zam itu terdapat dalam dua keadaan iaitu suam atau sejuk,aku,ayah dan dua atukku yang lain tidak melepaskan peluang untuk meneguk air yang dikatakan dari syurga itu.setelah meneguk sekali dua,aku dan yang lain-lain mula melangkah mencari tempat untuk bersembahyang dengan tangan masing-masing tergenggam uncang yang berisi selipar lalu setelah menemui tempat kosong untuk melakukan solat,kami meletakkan uncang itu rak yang disediakan di tiap-tiap saf dalam masjid itu,sambil menunggu dalam masjid itu ramai yang melakukan ibadah sunat masing-masing seperti solat sunat tahiyatul masjid ,membaca al-quran dan sebagainya.iqamah dilaungkan selepas beberapa minit kami disitu.semua jemaah yang ada disitu semua berdiri,aku dapati diriku sangat kerdil semasa berdiri disebelah satu mat arab yang berada disebelahku.dan seperti biasa setelah solat fardhu kebiasaannya akan berlaku solat sunat jenazah yang akan berlangsung.selepas itu kami aku dan lain-lainnya mengambil keputusan untuk berjalan-jalan disekitar masjid itu.aku seakan kagum juga akan senibina dan juga reka bentuk dalaman masjid berkenaan yang membuatkan persekitarannya menjadi seperti istana bagi aku dengan lampu gantung yang banyak bergantungan disana sini,pintu masjid tersebut yang begitu besar.disitu juga ada satu binaan baru yang dimana binaan tersebut menyerupai payung yang boleh dibuka dan ditutup secara automatik.payung besar itu dibina supaya dapat meneduh jemaah yang berada di luar bangunan masjid melakukan ibadah dengan selesa sebab cuaca di madinah amat panas dikala tengahari.


itulah payung besar tu,yang boleh buka ngan tutup...


kami berjalan-jalan sekitar masjid sementara menunggu azan waktu isyak yang dijangka pada pukul 8.41 minit.sementara itu kami hanya melihat pemandangan sekitar masjid itu.ayah dan tok cu berborak tentang kedudukan hotel yang mereka menginap ketika membuat umrah kali pertama dahulu.apabila waktu menghampiri pukul 8.mereka membawa aku masuk ke dalam Raudhah.Raudhah buat pengetahuan semua adalah sebahagian dari jannah iaitu syurga,kerap dikenali  sebagai taman-taman syurga. tidak semua jemaah mampu menerobos ke dalam ruangan raudhah ini kerana ruangannya adalah kecil.di raudhah terletaknya makam Nabi Muhammad S.A.W dan ianya mempunyai dua pintu gerbang kecil yang dijaga oleh Polis Arab Saudi.aku terdengar dari sebuah hadis yang meriwayatkan tentang sesiapa sahaja yang memohon doa didalamnya,kebanyakannya akan dimakbulkan.aku ,ayah,dan dua atukku mula mengambil tempat di dalam Raudhah yang suasananya mulai sesak disitu,semasa mencari tempat kosong aku dapati ada juga yang mengajar mengaji disini,aku lihat seorang ustaz dikelilingi oleh beberapa lelaki arab berjubah dalam bentuk bulatan,aku kagum walaupun dalam keadaan sesak itu,ianya bukan penghalang bagi mereka yang ingin menimba ilmu dan secara tak langsung melakukan ibadah kepada Allah.kami mulai duduk setelah melakukan solat sunat dan ternyata keadaan di raudhah adalah amat sesak tetapi dalam masa yang sama terkawal,aku lantas mengambil al-quran dan membacanya bagi menunggu isyak.setelah azan dilaungkan kami melakukan solat sunat dan akhirnya melakukan solat fardhu seperti biasa.selepas itu apabila hendak meninggalkan raudhah,kami memutuskan sahaja untuk melintas makam nabi muhammad yang ternyata keadaan lebih sesak disitu berbanding tempat kami mula-mula sembahyang tadi.ayah kata kalau tidak smepat hendak berdoa didepan makamnya,sekadar melemparkan tangan sahaja sudah cukup sebagai salam kepadaNya.kerana keadaan makam sungguh sesak,aku tak dapat bayangkan sekiranya waktu haji macammana keadaannya ,ramai yang mengambil peluang bersembahyang sunat dihadapan makamnya sementara yang lain sekadar memberi salam sahaja.sesudah keluar dari raudhah,aku dapat merasakan ianya sungguh pengalaman yang cukup berharga(itu belum sampai mekah lagi).kami terus ke tingkat"M" untuk menikmati makan malam.selepas kami bergegas ke bilik sambil mengingat kembali perkara yang menarik berlaku pada hari ini.

huhu..tangkap curik-curik lagi

dikatakan disini terletak makam muhammad

sekian sahaja untuk hari ini..assalamualaikum

No comments:

Post a Comment