Saturday, December 18, 2010

AUSCHWITZ CONCENTRATION CAMP- The History Behind

Assalamualaikum,hari ni rasanya nak cerita tentang sejarah dunia pulak(tetiba),anyway hari ni aku baru menonton AMAZING RACE SEASON 11 kat YOUTUBE,and then dekat episod 8 rancangan tu ada memperlihatkan satu kem di Poland yang dimana pernah menjadi saksi atas kematian 1 juta orang manusia akibat gerakan Holocaust(Dalam bahasa Yunani Bermaksud "sesuatu yang terbakar sepenuhya") yang telah dilancarkan oleh Jerman Nazi dibawah pengaruh Hitler pada ketika itu,kem ini telah dinamakan sebagai Kem Konsentrasi Auschwitz.Nama Auschwitz diambil sempena nama sebuah bandar di poland yang agak berdekatan dengan kem tersebut iaitu Oświęcim .kem ini telah dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Auschwitz I,Auschwitz II (Birkenau) dan Auschwitz III (Monowitz),.


Pintu utama yang menuju ke dalam Auschwitz 1


Kem Auschwitz 1 adalah kem Konsentrasi yang paling awal yang digunakan sebagai pusat pentadbiran utama bagi seluruh kompleks itu,disini pula telah melibatkan kematian sebanyak 70.000 warga Poland, kaum homoseksual dan tawanan perang Soviet.tiba sahaja di pintu utama kem ini akan kelihatan satu gerbang yang diatasnya tertulis satu tulisan yang ditulis dalam bahasa jerman iaitu 'Arbeit Macht Frei' yang bermaksud "Kerja (akan) membuat (engkau) merdeka" (atau "kerja itu membebaskan").Pintu gerbang itu sehingga masih kekal sehingga kini dan menjadi antara tarikan pelancong apabila ke Poland.Keadaan di kem ini semasa zaman perang dunia ke-2 adalah teruk sekali,dengan tuntutan kerja yang membebankan tahanan perang ketika itu,serta pemakanan dan kesihatan yang teruk menyumbang kepada kematian yang agak tinggi disitu.Blok Ke 11 dari kem ini telah digelar sebagai "penjara dalam penjara" kerana disini apabila anda membuat sebarang perlanggaran peraturan yang ditetapkan oleh mereka akan mendapat hukuman yang setimpalnya dan sejumlah kecil tahanan telah dikurung didalam sel-sel tahanan yang terlalu kecil bahkan untuk duduk didalamnya pun seakan tidak mampu bagi para tahanan yang berada didalamnya.dan yang lainnya pula akan dihukum mati dengan pelbagai cara seperti dengan ditembak,digantung, atau dibiarkan kelaparan begitu sahaja.

pemandangan sekitar kem Auschwitz 1


Kem Auschwitz II pula digunakan sebagai kem pemushanan dan tempat kematian lebih 
kurang satu juta orang yahudi,75'000 rakyat poland, dan sekitar 19'000 orang Gipsi.Diantara ketiga-tiga kem ini,Kem Auschwitz II (Birkenau) adalah yang paling horror,ini kerana berbanding Auschwitz I dan Auschwitz III yang bertindak sebagai kem konsentrasi yang bertindak mengerah rakyat supaya bekerja paksa untuk "hidup",tetapi disini keadaannya lebih teruk kerana kem ini telah diberi gelaran kem kemusnahan yang bertujuan memusnahkan semua para tawanan yang berada disitu,jadi untuk menggalas "kemusnahan" itu kem tersebut telah dilengkapi dengan empat krematorium dengan bilik gas.bilik tersebut mampu menampung seramai 2,500 orang tahanan,pemusnahan secara besar-besaran telah berlaku pada pertengahan tahun 1942.


inilah blok utama Auschwitz II(Birkenau) yang telah menyaksikan kematian yang paling terbesar diantara 3 Kem terbabit
 Kebanyakan orang tiba di kem itu dengan kereta api, seringkali dengan perjalanan yang mengerikan di kereta-kereta lembu yang berlangsung hingga beberapa hari.Dari 1944 rel-rel kereta itu dibuat hingga masuk ke kem itu sendiri. Sebelumnya, para tahanan yang tiba disuruh berbaris dari stesen Auschwitz hingga ke kem.Kadang-kadang, semua kiriman itu akan dihantar ke bilik gas. Pada kali lain, orang-orang Nazi akan melakukan "seleksi", seringkali oleh Josef Mengele, dengan maksud memilih siapa yang akan segera dibunuh dan siapa yang akan dipenjara sebagai tenaga kerja paksa, atau digunakan untuk eksperimen perubatan. Anak-anak kecil dipisahkan dari ibu mereka dan ditempatkan dengan perempuan-perempuan yang lebih tua untuk digas, bersama-sama dengan mereka yang sakit, lemah, dan lanjut usia.
Tahanan-tahanan yang tiba dan bertahan dalam pemilihan awal akan ditempatkan selama beberapa waktu di ruangan-ruangan kuarantin dan kemudian bekerja di tempat penyelenggaraan kem atau untuk perluasannya, atau dihantar ke salah satu kem kerja di sekitar tempat itu.Sebuah bahagian dari kem itu disediakan untuk para tahanan perempuan. Pada bahagian lain yang dikenali sebagai "Kanada" (kerana orang Jerman percaya bahawa Kanada adalah tanah yang sangat kaya), harta milik para tahanan yang tiba di situ dipilah-pilah dan disimpan, untuk dialihkan kepada kerajaan Jerman. Barang-barang seperti wang, mata wang, perhiasan, logam mulia dan intan permata disingkirkan daripada "Kanada" dan dihantar ke "Reichsbank" (Bank Negara).Mereka yang dipilih untuk dipunahkan dihantar ke salah satu daripada empat kompleks bilik gas / krematorium raksasa, yang kesemuanya terletak di pinggiran kem. Dua dari krematorium ini (Krema II dan Krema III) masing-masing mempunyai ruang untuk melepas pakaian di bawah tanah serta bilik gas, yang masing-masing boleh memuatkan ribuan orang. Para korban diperintahkan melepaskan seluruh pakaian dan meninggalkan harta milik mereka di ruang ganti pakaian di sebuah lokasi yang dapat mereka ingat, lalu disuruh masuk ke bilik gas di sebelahnya.Begitu para korban terkunci rapat di bilik itu, zat beracun Zyklon B dikeluarkan dari lubang-lubang di langit-langit. Bilik-bilik gas di Krema IV dan V terletak di muka bumi dan Zyklon B dicurahkan melalui tetingkap-tetingkap khas di dinding. Sejumlah tahanan kem yang terpilih yang disebut Sonderkommandos mengeluarkan mayat-mayat dari situ dan kemudian membakarnya di sebuah ruangan oven yang merupakan sebahagian dari bangunan yang sama.Pada Mac 1944 Jerman menyerang Hungary. Antara Mei dan Julai 1944 sekitar 438.000 orang Yahudi dari Hungary dideportasi ke Auschwitz-Birkenau dan majoriti daripada mereka dibunuh di sana. Ketika semua krematorium di situ kewalahan, mayat-mayat itu dibakar di lubang-lubang terbuka.Banyak orang Gipsi ditahan di sebuah bahagian khas dari kem itu. Kebanyakan dari mereka ditempatkan di unit-unit keluarga. Mereka digas pada Julai 1944. Pada 10 Oktober, 800 anak-anak Rom secara sistematik dibunuh di Birkenau.Pada 7 Oktober 1944, para Sonderkommandos Yahudi (para tahanan yang dipisahkan dari kem utama dan terlibat dalam operasi bilik gas dan krematorium) melakukan pemberontakan. Para tahanan perempuan menyeludup bahan-bahan letupan dari sebuah kilang senjata, dan krematorium IV sebahagian hancur kerana sebuah letupan. Lalu para tahanan itu berusaha melarikan diri, tapi semuanya - 250 orang - telah terbunuh.

jadi inilah ketiga-tiga kem yang telah dibina atas rancangan Jerman Nazi pada Perang dunia kedua ketika itu,gerakan Holocaust yang dilancarkan atas kebencian jerman pada yahudi ketika itu telah mengundang banyak pembunuhan besar-besaran yang dilakukan oleh mereka,kini kem-kem berkenaan telah digunakan sebagai tempat perlancongan oleh kerajaan Poland yang bertujuan untuk memberi gambaran kepada mereka penderitaan para tahanan pada ketika itu.


Anne Frank


Di antara para tawanan di kem konsentrasi Auschwitz adalah 15 tahun Anne Frank, yang terkenal di seluruh dunia untuk buku hariannya tentang hidup dengan keluarganya di bilik tersembunyi di belakang pejabat di Amsterdam untuk mengelakkan penganiayaan. Kisahnya hanyalah salah satu dari lebih daripada satu juta tragedi terikat ke kem konsentrasi Auschwitz.

Diangkut ke kem pada bulan September 1944, Anne terpaksa jalur untuk untuk Desinfeksi, telah dicukur kepalanya dan nombor tatoo di lengannya sebelum dia dimasukkan ke dalam kerja paksa. Jika ia telah hanya beberapa bulan lebih muda, ia telah digas pada saat kedatangan seperti semua anak di bawah usia lima belas tahun itu.

Anne kemudian dipindahkan ke kem konsentrasi yang lain bernama Bergen-Belsen di mana dia meninggal bersama-sama dengan kakaknya selama wabak tifus. Ini hanya beberapa minggu sebelum kem itu dibebaskan oleh pasukan Soviet pada tarikh 27 Januari 1945. Tarikh ini sekarang ditandakan setiap tahun sebagai Hari Peringatan Holocaust Antarabangsa.





Thursday, December 16, 2010

Cast of Glee perform Don't Stop Believing - The X Factor Live Semi-Final...

as a one of the Die Hard Fan of GLEE,aku bukan saja tgk mereka perform in drama sahaja,kadang-kadang sjew belek-belek youtube tgk video mrkorg buat aku rasa x sbar nk tggu next episode walaupun ianya hanya bermula pada bulan februari(oh sucks!),anyway td bru jumpa mrkorg perform one of the popular song for this series"Dont Stop Believing" bagi rancangan nyanyian yang popular di UK"The X-Factor",boleh dikatakan hampir kesemua cast kat GLEE perform,yang bestnya baju yg mereka perform tu pernah dipakai masa episod finale citew ni.yang paling penting simon cowell pun ada..huhuhuhuhu..anyway enjoy




CHAPITRE 8:UMRAH:14 JUN 2010

subuh mula menyinggah di madinah seawal pukul 4.00 pagi.lain rasanya bila subuh disini kerana kalau di malaysia  subuhnya pada pukul 6 pagi.lalu aku sekadar mengambil wudhu' serta mencapai jubah.agak sejuk rasanya keadaan berada di luar hotel semasa aku dan ayah mula melangkah keluar dari hotel.air wudhu' yang menyaluti sebahagian tubuh membuatkan tubuhku sedikit menggeletar.aku lihat kedai yang dibuka sekitar masjid itu serta merta ditutup bagi menunaikan solat subuh di masjid itu.pengalaman berada di raudhah semalam membuatkan diriku bersyukur akan kesempatan yang telah diberikan olehNya,walaupun tidak sempat melihat secara dekat makam Rasulullah S.A.W tetapi aku tetap bersyukur sekalipun aku menyedari bahawa aku tidak layak berada di tempat itu.seperti biasa uncang dibawa untuk meletak selipar masing-masing didalamya.melangkah sahaja ke dalam masjid,aku,ayah dan atuk ku terus meluru ke tempat air zam-zam diletakkan.selepas meneguk sekali dua kami pun mencari petak kosong dan beberapa minit kemudian solat subuh berlansung disusuli pula solat sunat jenazah selepasnya.

selepas sembahyang subuh kulihat kedai-kedai yang ditutup tadi sudah dibuka,aku dan yang lainnya bergegas ke sana bagi melihat barangan yang dijual,aku pula time tu sibuk pula tengok jubah yang pelbagai rekaan,ayah dan tok cu pula mencari kopiah yang murah untuk disedekahkan nanti,tok tih pula sekadar melihat barangan yang ada disitu.selepas tiada satu pun yang berkenan,kami balik ke hotel bagi menikmati sarapan di tingkat "M".hari itu juga terpampang di ruang makan tingkat "M" yang dimana kami akan membuat lawatan ke beberapa tempat yang bersejarah serta terkenal di sekitar  madinah.hati ku merasa senang akan aktiviti yang bakal dijalankan itu.

seawal pukul 8 pagi semua jemaah AS-SOLIHIN berkumpul diluar hotel dan ada juga di lobi untuk menunggu ketibaan bas kami.seperti biasa aku akan pastikan kamera tidak tertinggal di bilik hotel .aku mengambil tempat duduk seperti biasa kerana bas yang dinaiki oleh kami adalah bas yang sama dan kebanyakan jemaah yang ada disitu juga orang yang sama,seakan sudah selesa berada di dalam bas itu walaupun ada 3 buah bas yang disediakan khas untuk jemaah AS-SOLIHIN sahaja.seperti biasa mutawwif kami menerangkan tempat yang dimana menjadi persinggahan pertama kami nanti,diberitahu ketika itu bahawa kami akan bertolak ke Masjid Quba'.Masjid Quba' seperti yang diketahui adalah masjid pertama dibina oleh orang islam di madinah,dibina selepas sahaja Rasulullah berhijrah ke madinah bersama para Muhajirin yang lain.sesampai kami di Masjid Quba' ,kami terus mengambil kesempatan itu melakukan solat Dhuha dan  ada juga yang melihat senibina masjid tersebut.

sekitar di ruang solat masjid Quba'




selepas itu,semua jemaah dibawa pula ke ladang kurma,actually aku bukan penggemar kurma tetapi aku interested juga hendak melihat lebih jelas lagi pokok kurma disitu,ustazah ada kata bahawa kalau hendak beli kurma dalam jumlah yang banyak jangan beli kat ladang dia terus sebab dekat ladang harga dia agak tinggi berbanding beli sahaja dikedai.

ayah disamping pokok kurma

tidak ketinggalan menyibuk disitu(hehehehhe)


iniler buah kurma yang belum masak agy,macam ngupew anggur pun ada gak ek



heyyyy!!!!!


selepas itu pula kami ke destinasi yang seterusnya dan mungkin antara destinasi yang bersejarah iaitu Jabal Uhud atau Bukit Uhud yang dimana tempat ini telah menjadi saksi kepada peperangan uhud yang dimana telah mengorbankan lebih 70 orang tentera islam dan 23 orang quraisy.terletak beberapa meter sahaja dari bukit uhud terletak kawasan pemakaman syuhada' uhud yang telah menempatkan beberapa makam-makam  tentera islam yang terkorban dalam perang uhud.

inilah bukit uhud tu...





ayah cuba tiru gaya aku bergambor...peace ayah jgn tak peace

dibelakang ayah aku tu plak adalah makam para syuhada di uhud

lambaian terakhir sebelum meninggalkan jabal uhud

sekian sahaja lawatan kami pada hari itu,agak penat juga kami pada hari itu,ditambah lagi dengan cuaca yang mataharinya memancar terik,agak berlengas juga badan dibuatnya tetapi ianya tetap menjadi antara kenangan yang terbaik sepanjang hidup.bukit uhud adalah destinasi terakhir pada lawatan hari itu.ceritaku berakhir disini sahaja kerana keesokannya pula telah menjadi tarikh terakhir kami di madinah dan selepas itu pula kami pula berangkat ke mekah al mukaramah.assalamualaikum.......... 


Saturday, December 11, 2010

Florence + The Machine - Dog Days Are Over



i actually quiet love this song since GLEE buat their own version for this song untuk episod "special education". in GLEE lagu ini dinyanyikan oleh Tina dan Mercedes to celebrate their victory in sectionals.penyanyi sebenar lagu ini pula bernama Florence Welch dari satu kumpulan band indie di britain"Florence + The Machine".Florence dengan The Machine ni kira macam satu kolaborasi lar kiranya.aku suka lagu ni bila part korusnya yang bagi aku memang rancak.anyway enjoy this song klo berkenan


Happiness hit her like a train on a track


Coming towards her stuck still no turning back
She hid around corners and she hid under beds
She killed it with kisses and from it she fled
With every bubble she sank with her drink
And washed it away down the kitchen sink

The dog days are over
The dog days are done
The horses are coming
So you better run

Run fast for your mother, run fast for your father
Run for your children, for your sisters and brothers
Leave all your loving, your loving behind
You cant carry it with you if you want to survive

The dog days are over
The dog days are done
Can you hear the horses?
'Cause here they come

And I never wanted anything from you
Except everything you had and what was left after that too, oh
Happiness hit her like a bullet in the back
Struck from a great height by someone who should know better than 
that

The dog days are over
The dog days are done
Can you hear the horses?
'Cause here they come

Run fast for your mother, run fast for your father
Run for your children, for your sisters and brothers
Leave all your loving, your loving behind
You cant carry it with you if you want to survive

The dog days are over
The dog days are done
Can you hear the horses?
'Cause here they come

The dog days are over
The dog days are done
The horses are coming
So you better run

CHAPITRE 7:UMRAH:13 JUN 2010 PART 3

Inilah rupa hotel tempat kami menginap selama 3 hari di madinah..

assalamualaikum,aku nak sambung lagi cerita aku di madinah ,selepas asar hari itu kami terus ke hotel dan masuk ke bilik masing-masing,tetapi sebelum kami ke hotel ayah dan dua atuk ku sepertinya ingin melihat gerai jualan yang ada di tepi masjid itu.banyak juga barangan jualan seperti kopiah,tasbih,perfume,jubah,serban dan sebagainya terjual disitu.ayah dan tok cu nampaknya ingin membeli banyak kopiah untuk diberikan kepada surau di kampung aku,jadi mereka mencari kopiah yang agak murah.aku telah diberitahu oleh ayah bahawa  kalau nak beli barang beli kat mekah sahaja sebab ianya lebih murah,lagipun apa yang dijual di madinah ada juga di mekah,setelah mendapati tiada yang berkenan,akhirnya semua kaki menuju ke hotel.sambil-sambil menunggu untuk waktu maghrib pula.


sekitar dalam masjid nabawi yang ditangkap curik2x ...hehehe(mna ley tgkap picca kat dlm tu)

dalam masa hendak menunggu maghrib menjelang,kami diberitahu oleh ustazah bahawa petang itu kami akan dibawa ke satu kedai yang menjual pelbagai jenis kurma dengan harga yang murah,kami semua bersiap dan turun ke lobi,setelah berada diluar hotel,kelihatan satu van hotel yang sama sepeti van yang ada di bangla(tapi ni lagi besar sedikit,aku dapati ruang di dalamnya mulai penuh,tetapi walaubagaimanapun kami berempat akhirnya berupaya masuk kedalam van itu,aku terus mengambil tempat duduk di tepi pemandu setelah aku diajak terus ke depan oleh abang muhsin.memandang van itu penuh jadi jemaah yang beratus lagi dari as-solihin itu terpaksa menunggu,aku tengok ke belakang nek itam juga berada di dalam van itu,sambil-sambil kami berjalan ke tempat yang dituju ,aku sempat melihat keadaan di sekitar bandar madinah yang masih terasing rasanya bagi aku.



sampai di tempat yang dituju,kami semua yang berada dalam van mulai turun dan menuju kearah gerai yang ditunjukkan oleh ustazah itu,aku dapati banyak gerai lain disebelah gerai yang kami hendak tuju ini mula memanggil kami ke gerai mereka,tetapi kebanyakannya hanya menurut sahaja ke tempat yang ditunjukkan oleh ustazah itu,ustazah kata gerai yang kami lawati ini adalah antara yang menjual kurma yang berkualiti dengan harga yang murah berbanding gerai -gerai yang lain di sekitar situ,lagipun keesokannya pula kami akan melawat ladang kurma itu sendiri.beli kat ladang kurma adalah mahal berbanding beli diluar kata ustazah tu,jadi ayah ,nek,dan atuk ku mula membelek-belek kurma yang ada disitu,ada juga gula-gula yang berasaskan kurma juga turut dijual disitu.tok cu nampaknya mengeluarkann satu list barang yang hendak dibeli,ayah menyuruh aku mengambil banyak gula-gula yang ada disitu(walaupun aku bukan sangat benda tu),keadaan kedai amat sesak apabila van yang kami naik tadi mula membawa banyak lagi jemaah ke situ menjadikan gerai itu penuh sesak dengan jemaah as-solihin,aku tengok gerai yang lainnya tidak sesesak gerai yang lawati pada masa itu,ayah mula mencari-cari lagi benda yang hendak dibeli disitu,sebelum semua yang kami beli tadi telah kami letakkan dalam satu kotak kosong yang ada disitu,untuk lari dari kesesakan,ayah mulai mengorak langkah keluar dari gerai itu,menuju ke van yang membawa kami tadi ,aku melihat van itu pemandunya tiada di dalam,ayah menyuruh aku mengambil marker pen didalam kedai itu bertujuan untuk menulis senarai dan bilangan barang yang dibeli di dalam kotak itu,semasa menunggu driver van tersebut,aku dan ayah telah bertembung dengan dua mat arab yang menjual wangian atar dalam bentuk kotak,setiap satu berharga 20 riyal,ayah aku tidak membelinya sebaliknya aku terus memberi 20 riyal kepada mat arab itu,ingatkan ianya boleh diberikan kepada rakan-rakan di malaysia nanti.nek itam pun tidak ketinggalan membeli sama minyak tersebut.setelah itu,kami mulai meninggalkan tempat itu,ketika itu aku masih dapat melihat  beberapa jemaah as-solihin masih lagi mengerumuni gerai itu .sampai sahaja di bilik hotel,ayah terus menyumbatkan semua kurma yang dibeli dalam beg hijau besar yang berjenama Quicksilver tu(ooooo..ayah aku pakai quicksilver...jiwa muda...hehehehhe)yang ternyata beg itu muat untuk mengisi kesemua barang yang dibeli tadi.

"kalau letak kat dalam ni,senang tak payah nak mengangkat banyak beg nanti" jelas ayah aku ketika aku hendak melangkah mandi.jelas yang ayah aku jenis yang cintakan akan kelancaran dalam sesuatu kerja.lagipun aku dah faham sekarang mengapa ayah nak sangat beli beg itu.

pilih..pilihh...pilihhh

ayah dan nek itam


waktu maghrib disana tidak seperti di malaysia iaitu azan akan berkumandang sekitar pukul 7.11 dan ramai orang malaysia seperti kita menyangka akan waktu sebegitu adalah sembahyang asar,aku hampir pula pernah berniat asar pada ketika itu tapi nasib baik masa tu sempat tukar ke maghrib....aku terus ke bilik air setelah tok tih yang tadi mandi sudah mulai keluar.setelah mandi aku memakai jubah putih yang ayah aku belikan di bangi dan mula memakai wangi-wangian.dua tok aku juga memakai jubah,ayah juga memakai jubah tapi berpotongan pendek.setelah mendapati semuanya siap,tok cu memberitahu untuk membawa uncang atau beg palstik untuk ke masjid nanti .tujuan uncang ini supaya selipar yang dipakai oleh kami nanti boleh dibawa bersama-sama masuk sekali ke dalam masjid .melangkah sahaja kedalam masjid nabawi itu,aku dapati banyak bekas-bekas air diletakkan ditepi saf dan juga dikiri kanan jalan semasa dalammasjid itu,rupanya bekas air itu didalamnya terdapat air zam-zam.air zam zam itu terdapat dalam dua keadaan iaitu suam atau sejuk,aku,ayah dan dua atukku yang lain tidak melepaskan peluang untuk meneguk air yang dikatakan dari syurga itu.setelah meneguk sekali dua,aku dan yang lain-lain mula melangkah mencari tempat untuk bersembahyang dengan tangan masing-masing tergenggam uncang yang berisi selipar lalu setelah menemui tempat kosong untuk melakukan solat,kami meletakkan uncang itu rak yang disediakan di tiap-tiap saf dalam masjid itu,sambil menunggu dalam masjid itu ramai yang melakukan ibadah sunat masing-masing seperti solat sunat tahiyatul masjid ,membaca al-quran dan sebagainya.iqamah dilaungkan selepas beberapa minit kami disitu.semua jemaah yang ada disitu semua berdiri,aku dapati diriku sangat kerdil semasa berdiri disebelah satu mat arab yang berada disebelahku.dan seperti biasa setelah solat fardhu kebiasaannya akan berlaku solat sunat jenazah yang akan berlangsung.selepas itu kami aku dan lain-lainnya mengambil keputusan untuk berjalan-jalan disekitar masjid itu.aku seakan kagum juga akan senibina dan juga reka bentuk dalaman masjid berkenaan yang membuatkan persekitarannya menjadi seperti istana bagi aku dengan lampu gantung yang banyak bergantungan disana sini,pintu masjid tersebut yang begitu besar.disitu juga ada satu binaan baru yang dimana binaan tersebut menyerupai payung yang boleh dibuka dan ditutup secara automatik.payung besar itu dibina supaya dapat meneduh jemaah yang berada di luar bangunan masjid melakukan ibadah dengan selesa sebab cuaca di madinah amat panas dikala tengahari.


itulah payung besar tu,yang boleh buka ngan tutup...


kami berjalan-jalan sekitar masjid sementara menunggu azan waktu isyak yang dijangka pada pukul 8.41 minit.sementara itu kami hanya melihat pemandangan sekitar masjid itu.ayah dan tok cu berborak tentang kedudukan hotel yang mereka menginap ketika membuat umrah kali pertama dahulu.apabila waktu menghampiri pukul 8.mereka membawa aku masuk ke dalam Raudhah.Raudhah buat pengetahuan semua adalah sebahagian dari jannah iaitu syurga,kerap dikenali  sebagai taman-taman syurga. tidak semua jemaah mampu menerobos ke dalam ruangan raudhah ini kerana ruangannya adalah kecil.di raudhah terletaknya makam Nabi Muhammad S.A.W dan ianya mempunyai dua pintu gerbang kecil yang dijaga oleh Polis Arab Saudi.aku terdengar dari sebuah hadis yang meriwayatkan tentang sesiapa sahaja yang memohon doa didalamnya,kebanyakannya akan dimakbulkan.aku ,ayah,dan dua atukku mula mengambil tempat di dalam Raudhah yang suasananya mulai sesak disitu,semasa mencari tempat kosong aku dapati ada juga yang mengajar mengaji disini,aku lihat seorang ustaz dikelilingi oleh beberapa lelaki arab berjubah dalam bentuk bulatan,aku kagum walaupun dalam keadaan sesak itu,ianya bukan penghalang bagi mereka yang ingin menimba ilmu dan secara tak langsung melakukan ibadah kepada Allah.kami mulai duduk setelah melakukan solat sunat dan ternyata keadaan di raudhah adalah amat sesak tetapi dalam masa yang sama terkawal,aku lantas mengambil al-quran dan membacanya bagi menunggu isyak.setelah azan dilaungkan kami melakukan solat sunat dan akhirnya melakukan solat fardhu seperti biasa.selepas itu apabila hendak meninggalkan raudhah,kami memutuskan sahaja untuk melintas makam nabi muhammad yang ternyata keadaan lebih sesak disitu berbanding tempat kami mula-mula sembahyang tadi.ayah kata kalau tidak smepat hendak berdoa didepan makamnya,sekadar melemparkan tangan sahaja sudah cukup sebagai salam kepadaNya.kerana keadaan makam sungguh sesak,aku tak dapat bayangkan sekiranya waktu haji macammana keadaannya ,ramai yang mengambil peluang bersembahyang sunat dihadapan makamnya sementara yang lain sekadar memberi salam sahaja.sesudah keluar dari raudhah,aku dapat merasakan ianya sungguh pengalaman yang cukup berharga(itu belum sampai mekah lagi).kami terus ke tingkat"M" untuk menikmati makan malam.selepas kami bergegas ke bilik sambil mengingat kembali perkara yang menarik berlaku pada hari ini.

huhu..tangkap curik-curik lagi

dikatakan disini terletak makam muhammad

sekian sahaja untuk hari ini..assalamualaikum

Friday, December 10, 2010

Glee Music:Hey Soul Sisters By Blaine with Dalton Academy Warblers



im totally love this song,eventhough i lebih suka yg original dari TRAIN daripada Dalton Academy Warblers punya version sebab yg original more interesting to me,yang ni pun best gak tapi Darren criss yg pegang watak Blaine dalam citew  tak buat lagu ni best tok dia,lagipun aku lagi suka versi dia bila dia nyanyi lagu katy perry"teenage dream" dalam episod never been kissed,anyway enjoy this song from the warblers....

Tuesday, December 7, 2010

CHAPITRE 6:UMRAH:13 JUN 2010 PART 2


Terlebih dahulu sebelum menyambung cerita, saya dan famili ingin mengucapkan

selamat menyambut maal hijrah
kali 1432 H
kepada semua umat islam


Setelah beberapa jam didalam bas yang akan menuju  ke madinah itu ,bas kami yang naiki behenti disatu tempat perhentian di tepi jalan,tempat itu seperti R&R dekat lebuhraya PLUS,cuma bezanya sekeliling tempat itu hanya kelihatan padang dan bukit yang berpasir,tiada satu pun tumbuhan yang berada disana.terlintas sejenak di fikiranku betapa besar ciptaanNya terhadap bumi ini .berbeza di malaysia yang mempunyai hutan yang menghijau,kawasan itu penuh dengan debu yang kecoklatan warnanya.aku meluru keluar dari bas itu mengikut semua yang lain mengerjakan solat sunat Dhuha di dalam masjid kecil di hentian itu,sesudah itu aku melihat bangunan di sebelah masjid yang merupakan kedai serbaneka disitu.aku lihat tiada bangunan lain disekililing kecuali pada hentian itu.para jemaah lain banyak menggunakan peluang itu untuk berehat dan menikmati pemandangan tanah arab itu dan ada juga ke kedai runcit yang berdekatan.

inilah tempat rehat itu

berpose sebelum ke madinah ...huahuahua

disitu ada kedai serbaneka 


setelah berhenti selama 15 minit,kami meneruskan perjalanan ke madinah dengan adakalanya  mutawwif di depan bercerita tentang sejarah kota madinah,melalui ceritanya aku dapat mengetahui serba sedikit mengenai penubuhan kota madinah dan bagaimana tercetusnya perlembagaan yang pertama di dunia telah dihasilkan di madinah,aku ada dengar melalui cerita mutawwif daripada matapelajaran sejarah di sekolah sebelum ini(walaupun kebanyakan ceritanya aku lupa benar).sesekali mutawwif itu berhenti bercerita,sekali lagi suasana dalam bas menjadi senyap.ada juga yang keletihan tertidur  akibat perjalanan jauh itu,aku melihat dari balik cermin bas hanya kelihatan padang pasir ,tiada bangunan atau apa-apa pencakar langit yang menghiasi pemandangan disitu,hanya suara dari earphone sahaja yang berkumandang dari telinga aku,sekali sekala aku membuka channel radio disitu,dan seperti yang aku jangkakan tiada Era .fm yang bersiaran disitu melainkan hanya lagu berbahasa arab yang diputarkan disitu,aku layan sahaja lagu arab tersebut sehinggalah mata aku berat sekali lagi dan selepas itu hanya kegelapan yang melayah muncul.

selepas beberapa jam tertidur,aku tersentak dan mendapati bas itu berhenti satu tempat,masih lagi di tengah jalan tetapi bas itu seakan berhenti untuk sesuatu,kelihatan dari balik cermin bas itu ada tentera@polis yang  berkawal,mutawwif memberitahu bahawa bas itu berhenti untuk mendapatkan checkpoint sahaja kerana untuk masuk ke madinah dengan membawa ratusan jemaah dari negara asing,perlu diperiksa dahulu sebelum masuk,maklumlah untuk keselamatan negara mereka jugak kan,mutawwif memberitahu kita sudah berada hampir menuju  ke kota madinah,di dalam hati aku tersimpan perasaan syukur bercampur takjub@excited,sebelum ini aku hanya dengar madinah menerusi buku sahaja dan hanya melihat masjid nabawi melalui gambar,kali ini aku telah mendapat peluang olehNya bukan untuk berseronok tetapi mendekatkan aku lagi terhadap islam itu sendiri dan bagaimana peranan madinah itu sendiri dalam penghijrahan nabi muhammad dan rakan-rakan ke kota itu.sekali sekala terdengar juga suara mutawwif yang menunjukkan peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku di kota itu ,tak ubah macam pemandu pelancong.hati sekali lagi takjub bila melihat dari belah kiri bas itu masjid nabawi yang tersergam indah ,yang ditepinya kelihatan perkuburan baqi di sebelahnya.perkuburan baqi' adalah kawasan perkuburan bagi penduduk Madinah dan sesiapa yang meninggal dunia di Madinah (termasuk para haji dan umrah) Rasulullah selalu menziarahi Baqi’ Baginda mengucap salam, berdoa memohon keampunan serta rahmat Allah kepada mereka yang dikebumikan disitu.bas itu menghala pula ke sebuah lorong yang kiri kanan terbina bangunan-bangunan yang mencuar tinggi,bas itu mulai berhenti begitu juga 2 bas yang lainnya yang mengekori bas kami dari belakang,agak lama kami berhenti sambil melihat sekeliling tempat itu.banyak juga gerai -gerai yang menjual cenderahati seperti kopiah,sejadah dan lain-lain berada disitu.dalam hati berkata nak jugak aku turun dan melihat barang-barang yang terjual disitu,tetapi agak janggal pula kalau turun seorang diri .akhirnya ustazah norizah memberitahu bahawa hotel yang sepatutnya kami menginap akhirnya terpaksa bertukar dengan hotel lain kerana hotel yang sepatutnya kami menginap itu masih lagi diduduki oleh jemaah yang lain,jadi akhirnya kami bertukar hotel pula yang bernama Dayar Al Taiba atau dalam bahasa melayu aku sendiri pun tahu...(huhuhu..poor arabic) dan mula menyorong beg merah masing-masing.bellboy berbangsa arab hotel itu pula sibuk memunggah bagasi(yang ternyata sekali lagi,beg ayah memonopoli semua bag  yang ada disitu dari segi saiznya,tidak terkeculai beg aku yang bercorak military berwarna kelabu yang juga turut besar).bellboy membawa semua beg itu kedalam lobi hotel yang bagi aku amat sesak sekali dibuatnya,itu belum tambah jumlah jemaah yang akan masuk ke  lobi itu,lagi sesak.lalu ramai yang memutuskan yang muda tinggal di luar dan yang muda di luar,ada juga yang berehat di ruang makan hotel itu ditingkat atas setelah mendapati kerusi di lobi  kurang.aku dan tok tih segera ke tingkat atas setelah ustazah memberitahu kami boleh ke tingkat M untuk duduk disana sementara menunggu proses check in bilik berlaku.aku hanya nampak tok tih dan terus ke lif ke tingkat atas iaitu tingkat M kalau dilihat dekat butang lif itu.sampai di M aku dan tok tih terus mengambil tempat duduk.kak sya juga tidak terkecuali tanpa suami disisi,mungkin layan mat arab gamaknya.selepas itu kami diminta semua ke lobi dan ustazah dan anaknya muhsin mula menyerahkan kunci mengikut famili atau mahram masing-masing,memandangkan nek itam is  the only lady in my family yang ikut rombongan ini,maka seperti biasa beliau berkongsi bilik dengan dua rakan jemaah yang dikenalinya semasa di bangladesh lagi.aku,ayah,tok tih dan tok cu memasuki lif setelah mengambil kunci bilik tadi dan terus menekan  nombor 8 pada lif itu,sambil membawa beg sorong dan bagasi beg masing(ternyata beg besar ayah dan aku kasi ruangan kat lif itu  sempit lagi) dan perjalanan kami terus terhenti di depan pintu yang terpampang nombor bilik 802 diatasnya,ayah terus membuka kunci bilik itu dan didalamya telah memuatkan 4 buah bed seperti bilik hotel di bangladesh,muat-muat sahaja bagi bilangan kami ketika itu,setelah mengerjakan zuhur aku melihat terus pemandangan dari tingkap bilik hotel bilik kami yang strategik menghadap masjid nabawi dan juga paling jelas disitu perkuburan baqi,perkuburan yang juga menempatkan kubur saudara dan rakan -rakan rasulullah terus menarik perhatian tidak kira penduduk tempatan dan juga jemaah asing dari pelbagai negara.kami diberitahu bahawa beberapa minit untuk keasar iaitu dalam pukul 3,waktu solat di tanah arab berlainan bagi kita di malaysia  yang asarnya selau pukul 4.30,dekat sini  nak dekat pukul 3 dah berbunyi azan dah.kami mula bersiap setelah asar hendak datang menyusul.tok cu dan tok tih bergerak keluar dari hotel terlebih dahulu sebelum aku dan ayah berbuat demikian.aku dan ayah tanpa berita melulu keluar dari hotel  tanpa disedari bahawa kami dikehendaki makan tengahari terlebih dahulu,maka kami yang menunggu kelibat tok tih dan tok cu dari dalam perkarangan masjid nabawi mula resah dan berkeputusan balik ke hotel,aku memberitahu ayah bahawa mungkin mereka makan terlebih dahulu.tetapi aku tetap merasakan bahawa pengalaman ke masjid nabawi pada petang itu adalah satu pengalaman yang berharga walaupun ianya seketika,ini kerana aku dikira sudah make a first step disitu.





perkarangan masjid nabawi


kami sampai di hotel aku terus menekan M untuk ke ruang makan,ayah kat situ hanya memerhati sahaja,buka sahaja pintu lif kelihatan banyak para jemaah berada disitu dan aku melihat nek itam yang duduk dengan kak sya disatu sudut nampaknya sudah mengambil makanan beliau.aku juga turut mengambil makanan yang dihidangkan walaupun pada masa itu makanan sudah nak hampir habis akibat kelambatan kami kesitu.tok tih dengan tok cu juga ada disitu duduk di satu sudut.selepas makan kami terus bersama para jemaah yang ingin menunaikan asar di masjid nabawi terus keluar dari hotel lalu berjalan beberapa meter menuju ke tempat kedua paling suci dalam islam itu.as we know sebelum ini  diberitahu bahawa masjid juga menempatkan pelbagai makam terutamanya makam rasulullah.jadi adalah amat bersyukur apabila aku sendiri berpeluang kesini walaupun untuk hari ini sudah 2 kali aku singgah ke mari ,walaupun pada kali pertama aku dan ayah kesana sebab tersalah maklumat.jadi kali ini aku dan ayah pergi bersama jemaah as-solihin yang lain,turut berada disitu abang azmi.setelah berada di perkarangan masjid itu,kami melihat jemaah as-solihin yang lain beserta seorang mutawwif seakan berdoa sesuatu disitu,kami turut menyertai mereka untuk berdoa bersama sebelum kami berhenti dan mutawwif tadi mengarahkan kami supaya maksud ke dalam masjid.hendak pula aku pada masa tu ke bahagian raudhah iaitu bahagian depan yang paling menonjol pada masjid itu,disitu juga terdapat makam rasulullah dan tempat itu juga dipanggil taman-taman syurga.banyak orang cakap yang kedudukan makam nabi muhammad itu boleh ditentukan melalui kedudukan kubah hijau pada masjid tersebut.iqamat berkumandang dan kami serta merta kedalam bangunan masjid untuk mencari tempat bagi melakukan solat,ironinya disini selepas kami solat fardhu seperti asar disini,kami selepas itu akan melakukan solat sunat jenazah(bagi sesapew yang nak ar)yang dimana setiap hari ada sahaja mayat yang akan diletakkan di depan imam bagi disolatkan,tak kiralah ianya isyak ke,maghribke ada je lori pembawa mayat yang akan datang ke masjid,itu belum kat masjidil haram lagi yang akan aku cerita kat chapitre barapa entah..diharap anda stay tuned....hehehehe..anyway selamat menyambut maal hijrah.



Saturday, December 4, 2010

CHAPITRE 5:UMRAH:13 JUN 2010 PART 1

Perjalanan Dari Dhaka ke Jeddah bakal mengambil masa 6 jam...jadi ianya agak memeningkan sekali lagi kerana walaupun aku suka tengok pemandangan yang berada di bawah yang dimana rumah-rumah besar kelihatan kecil bagi aku,tapi its totally membosankan,tapi nasib baik juga ada earphone pada masa itu kerana sedikit sebanyak dapat menghilangkan kebosanan yang melanda disitu,waktu kami bergerak dari dhaka lebih kurang dalam pukul 11.00 malam ini bermakna kami akan sempat untuk melakukan solat subuh di jeddah.seketika aku mendengar lagu menerusi earphone,aku terfikir macammana keadaan berada di tanah arab nanti,sebelum ini kulihat di tv sahaja,jadi ianya pasti berbeza apabila aku sendiri berada di sana nanti,adakah tempat itu panas?,nak sahaja aku tanya ayah aku pada masa itu(ini kerana ayah sebelum ini sudah pergi kesana,jadi dia lebih tahu situasi di tanah arab),tetapi memandangkan kepala aku sudah pening berada di pesawat tu jadi aku memutuskan untuk tidur sahaja selepas itu.

beberapa jam kemudian ayah membangunkanku,aku melihat lampu flight terbuka dan ini membuatkan mata aku pada masa itu mengerenyet.buat beberapa aku memandang ayah dan nek itan disebelah sebelum mata ku ditujukan pula pada satu bekal beserta cawan  yang mengandungi air mineral.

"ooohh,dah waktu makan lar ni"cakapku sendirian didalam hati lalu kumembuka penutup bekal itu dan mendapati ianya makanan yang sama dengan flight semasa aku bergerak ke dhaka tempohari,lupa pula bahawa pada masa kami masih menggunakan pesawat milik syarikat penerbangan bangladesh.selepas makan aku kembali tidur,nek itam yang duduk sebelah aku pun sudah lama melelapkan mata saat aku baru habis makan tadi.

selang beberapa minit selepas itu,aku tersedar dan akhirnya mendapati keadaan flight kembali gelap dengan hanya beberapa lampu kecil sahaja yang dipasangkan,terdapat satu keanehan disitu apabila aku memandang sebelah bahawa nek itam sudah terbaring atas dua seat sekaligus .tempat yang dimana kakinya berada sekarang iaitu dimana tempat ayah aku duduk sebelumnya.aku menoleh untuk mencari pada ketika itu tetapi tidak kelihatan,lalu aku berfikir kenapa mak itam baring sebegitu,mungkin kerana penat agaknya .selepas itu aku terlelap kembali tanpa memikir balik kejadian itu.

selepas beberapa lama dalam flight itu,aku terasa bahawa pesawat itu sudah merendahkan kedudukannya,lalu aku membuka mata dan kelihatannya kami sudah sampai ke destinasi.aku lihat sebelah dan ayah sudah kembali di tempat duduknya,aku tidak mahu menyoal apa yang terjadi tadi .

setelah kami telah diberitahu sudah sampai di King Abdul Aziz Airport di Jeddah,kami mula menyiapkan diri dan memeriksa segala barang tidak tertinggal disitu,aku memeriksa beg sandang kecil yang menempatkan pasport ,handphone serta buku panduan umrah berada disitu.setelah pesawat berhenti dan ayah yang duduk di tepi mula mengeluarkan beg sorong kami dari atas dek dan memberikan kami sekeluarga setiap satu tok cu dan tok utih yang duduk selang sebaris kehadapan dari kami juga mengeluarkan barang mereka dan juga para jemaah lain disitu melakukan kerja yang serupa,kami berbaris dan menunggu untuk keluar dari flight itu,nek itam dibiarkan sahaja duduk terlebih dahulu kerana beliau nampaknya masih lesu.setelah orang dihadapan mula melangkah perlahan keluar ,kami pun turut bergerak dari situ,ayah kelihatan memandu nek itam keluar dihadapannya.

sampai sahaja kami sekeluarga melangkahkan kaki kami di lapangan itu,aku merasa bersyukur sahaja kerana tidak terjadi pelbagai perkara yang diingini walaupun aku masih tidak pasti akan kejadian tadi,hendak sahaja aku bertanya semasa kami menunggu bas yang akan mengangkut kami ke dalam bangunan airport,walaubagaimanapun aku tetap tidak bersuara tetapi tetap merasa bersyukur akan kepergian ini,sampainya bas angkut itu kami sekeluarga terus sahaja meluru ke dalam bas itu dan mendapati terdapat hanya beberapa tempat duduk didalamnya.nek itam dan tok utih duduk manakala aku,ayah dan tok cu berdiri.sesampainya kami di bangunan airport itu,semua jemaah tadi terus meluru turun ,masing-masing membawa beg sorong mereka.kami agak terlewat untuk turun kerana nek itam agak tidak sihat sahaja ,walaubagaimanapn tindakan kami untuk mengundang kemarahan pegawai airport itu yang menyuruh kami masuk dalam bahasa arab (ketika itulah aku mula percaya aku sudah berada di tanah arab).semasa kami sampai masa sudah menunjukkan pukul 6 pagi.

sempat bergambor di dlm airport...

nampak beg merah itu,itu semua beg jemah as-solihin tu

ayah berborak dengan abg azmi

anyway,selepas sahaja menunaikan subuh di lapangan terbang itu aku terus menemui ayah yang sudah berada lebih awal dari aku,kulihat abang azmi berada disitu,aku mendengar ayah berborak pasal nek itam,rupanya nek itam pengsan dalam flight tadi ayah menceritakan kejadian seolah-olah berita itu sangat buruk untuk didengar,baru aku tahu mengapa ayah tiada di tempat duduknya dan mengapa juga  nek itam terbaring didalam seat kapal terbang.aku berharap sangat yang perkara yang buruk berlaku selepas itu,selepas menunggu lama di airport,abang muhsin kelihatan dsitu dan terus mengajak kami bertemu dengan mutawwif kami disitu,dari susuk gaya tubuh dan percakapannya,im assumed him as indonesian.mereka semua terus membawa bagasi kami menuju ke bas ekspres yang terletak jauh dihadapan pintu utama airport itu,memandangkan di kenderaan di arab posisi driver disebelah kiri  maka kami menaiki bas itu dari kanan,aku yang belum  oversea kemana-mana membuat kesilapan apabila hendak menaiki bas itu dari arah kiri,so menyebabkan malu sebentar telah terjadi dsitu(nasib baik xde yang nampak time tu).aku diberitahu ayah dari airport lagi bahawa kami akan ke madinah sesampainya kami di jeddah dan aku memikirkan kepala aku pening lagi buat entah buat kali keberapa kalinya apabila mendengar bahawa kami memerlukan 6 jam lagi untuk sampai kesana(fuuhhh!!).semasa aku menaiki bas itu aku terkejut bahawa keadaan 6 pagi disitu kelihatan hampir pukul 8 kalau dekat malaysia sebab mataharinya sudah jelas kelihatan,aku melihat keluar tingkap bas dan melihat tok cu dan ayah masih berada diluar sedang berborak dengan abang muhsin dan juga mutawwif kami tadi.sebanyak 3 buah bas  bagi jemaah as-solihin sahaja  yang telah digunakan,kelihatan juga aku melihat mereka membawa masuk beberapa bekal makanan lalu ditempatkan dalam ruang bagasi(seperti biasa ,beg ayah yang paling banyak makan ruang kerana terlalu besar).aku lihat kak sya dan abang azmi mengambil tempat duduk sama baris dengan aku,aku duduk berseorangan walaupun seat disitu sesuai untuk dua orang duduk didalamnya,nek itam pun duduk berseorangan di seatnya di hadapan aku,memandangkan aku baru sahaja membeli kad sim dari arab,aku mulai menelefon rakan aku yang bernama Najihah Najlaa .
dia amat terkejut apabila aku menelefonnya dari jeddah dan seperti biasanya dia akan bercakap dalam pelbagai loghat lalu mencampur adukkanynya menjadi pelbagai slang disitu,selalunya dia akan cakap loghat penang sebelum dia akan tukar loghatnya kepada negeri sembilan(memang najihah tu,hahah sori jihah),semasa menelefonnya turut menyibuk disitu adalah setaf yang aku kenali semasa praktikah iaitu Kak hidayah aka Dano,semasa bercakap dengan mereka aku ketawa dengan amat kuat sekali sehingga menyebabkan kak sya memandang aku dengan semacam,aku mengendahkan saja lalu meneruskan perbualan.selepas aku berbual dengan mereka,ayah ,tok cu dan abang azmi yang keluar semasa aku membuat panggilan tadi mulai masuk kedalam bas,ayah dan tok cu mengambil tempat duduk paling belakang iaitu dibelakang aku.kedengaran suara mutawwif yang berdiri  di depan bas lalu memberikan salam.

"assalamualaikum tuan -tuan dan puan-puan,alhamdulillah syukur kepada ilahi bahawa tuan-tuan dan puan-puan selamat sampai disini,ya"ujar mutawwif dan selepas itu beliau memutuskan untuk membaca doa dan memaklumkan bahawa kami akan madinah perjalanan mungkin mengambil masa 6 jam.

semasa kami mulai bergerak meninggalkan airport itu,mutawwif itu tidak berhenti-henti membaca doa supaya perjalanan kami ke madinah lebih diberkati.

ikut kata mutawwif itu,kalau time haji mereka akan kumpulkan semua jemaah disitu sebelum bergerak ke madinah,ianya terletak berdekatak dengan airpot tadi.

wahid ...isnani..salasa..huhuhu..nombor plat bas aku.

so,selepas itu bas itu berhenti sebentar di sebuah tempat yang tidak aku sendiri tidak ketahui,kami berhenti untuk  sarapan pagi,mereka mula mengedarkan bekal makanan yang dibawa masuk ke dalam bas tadi,aku duduk sebelah nek itam ,untuk memastikan dia tidak pengsan kali kedua buat masa itu,tapi kelihatan  beliau nampak masih kuat,mungkin gembira benar sudah sampai ke tanah arab walaupun kami baru sahaja sampai di jeddah.sarapan pagi hari itu kelihatan seperti makanan indonesia dan seperti biasa ayah menghabiskan  makanannya begitu cepat semasa aku baru mencapai pisang untuk pencuci mulut.tok cu memintaku membelikan kopi untuk kami sekeluarga dengan menyerahkan 10 riyal,BTW,aku rasa aku lebih reti guna duit Riyal berbanding duit bangladesh kerana ianya jauh tak ubah macam Ringgit,dan kalau mengikut dari segi nilai ringgit hanya tinggi beberapa sen dari riyal.selepas menyerahkan semua kopi kepada tok cu,nek itam,tok tih dan ayah,aku mengambil baki kopi aku dan meneguknya.perjalanan kami diteruskan selepas sarapan itu dengan pemandangan padang pasir dikiri kanan kami.