sesampainya kami di dhaka dalam pukul 6 atau 7 pagi .waktu di dhaka adalah lewat 2 jam dari waktu kita malaysia,jadiv lebih kurang kita orang sampai dalam pukul 10.00 waktu malaysia.aku yang tidak tahu mana di mana ayahku berada masa tu sebab keadaan sesak dan aku belum pernah ke negara orang yang membuat aku tertanya-tanya di mana yang lain,semasa aku keluar dari pesawat tu,aku merasa tidak percaya kerana adakah aku sudah meninggalkan malaysia ,sebab aku tidak pernah seperti orang lain yamg mampu ke australia ,korea atau mana-mana negara semata-mata untuk melancong,itulah pengalaman kali pertama aku di negara orang walaupun sebelum ini aku pernah ke pulau bengkalis bagi melihat saudaraku di sana,tetapi pengalamanku berada di bangladesh tidak pernah aku lupakan sampai bila-bila.aku pada masa tu masih keseorangan semasa hendak menuruni tangga pesawat,tapi nasib baiklah apabila aku melihat kelibat tok cu di dalam bas angkut betul-betul di depan tangga flight tersebut,aku terus mendapatkanya walaupun sebelum ini aku tidak pernah rapat dengan beliau.
"mana yang lain,ayah kau semua mana??"tanya tok cu
"tak tahulah tok cu,tadipun saya terpisah dengan mereka masa hendak menaiki pesawat"jawab aku masih tercari-cari mereka yang lain,mungkin mereka dah keluar awal sebelum aku dan tok cu
beberapa minit selepas itu,bas angkut itu mula meninggalkan tempat dimana pesawat itu berhenti dan membawa kami ke bangunan airport tersebut,sampai kami ke destinasi aku ,tok cu beserta dengan para jemaah yang lain turun dari bas tersebut.semasa turun aku terus sahaja aku mengikut jejak to cu dibelakangnya,aku tidak mahu terlepas pandangan darinya kerana aku tidak mahu diriku dalam keadaan sesat di negara orang.semua orang yang turrun dari bas tadi menuju ke pintu untuk masuk ke dalam bangunan airport tersebut.sesampainya di pintu sahaja aku sudah melihat kelibat ayah aku,beserta nek itam,tok tih yang duduk bersama sepasang suami isteri yang tidak kukenali sebelum itu,kali terakhir ku melihat pasangan suami isteri itu pun adalah semasa sesi kursus umrah yang dibuat di pejabat As-solihin.tok cu dan aku pun mendekati mereka.
perasaan aku tidak percayaku mula tertutup apabila aku melihat signboard"welcome to bangladesh" or"bangladesh bank" yang terpampang di dalam airport,lalu aku bertanya dalam hati apa yang "best" kat bangladesh sebab sebelum ini aku hanya melihat bangladesh melalui lambakan mat bangla yang berada kat KL tu.aku tak tahu pula bahawa bangladesh itu sebuah negara(hehehehe...),bila difikir-fikir balik memang teruk betul geografi aku.aku memandang sekeliling ruang di airport,banyak jemaah dari malaysia memenuhi ruang tersebut,banyak berbual sesama kenalan mereka,semua saudaraku termasuk ayah aku sudah duduk bersila atas lantai tersebut.aku juga turut sama duduk melihat ayah dan nek itam berbual dengan sepasang suami isteri yang tak ku kenali itu,mereka berbual dengan suami isteri mereka dah mengenalinya lama sebelum ini.aku pada masa itu hanya memandang dan memerhati keadaan airport.selepas beberapa minit,orang-orang dari as-solihin telah memanggil kami dengan gelaran "as-solihin"iaitu merujuk kepada nama syarikat mereka,kami yang mengenali nama itu mulai berdiri,termasuk dengan pasangan suami isteri tadi mula mengekori mereka semua "as-solihin"yang lain ke kaunter ketibaan,walaupun ianya dinamakan kaunter ketibaan tapi kami tidak pernah"tiba" di negara itu selama hampir dua jam disebabkab oleh kelembapan dan juga attitud kerja pihak berkuasa bangladesh yang nampak macam totally "rubbish",melihat dari situ aku dah tau macammana keadaan negara mereka orang.tetapi sebelum itu aku juga sempat mendengar taklimat dari warga as-solihin yang mengatakan bahawa kami akan singgah di negara ini buat beberapa jam sahaja(thank god) and then kami semua jemaah warga as-solihin yang jumlahnya semua dalam seratus lebih akan ditempatkan dalam dua hotel yang berlainan,ini bermakna semua jemaah tersebut akan dipisah menjadi dua kumpulan.aku ,ayah dan datuk nenek saudarraku dlm kumpulan 1dan kami telah diberitahu akan menginap hotel yang diberi "le meridien"
"wah, betulkah ini takkan lah le meridien kot.nama hotel pon dah cantik..hehhehehe" .teringat aku akan hotel le meridien yang ada di tepi KL sentral itu.
kami menunggu hampir dua jam juga selama di kaunter ketibaan itu atas beberapa sebab.pertama ,bilangan jemaah yang agak ramai kerana bukan jemaah as-solihin saja berada disitu tapi jemaah dari agensi juga berada disitu.bayangkan dalam satu agensi ada berapa ramai jemaah.kedua ,kelembapan dan juga attitud kerja warga bangladesh yang menjengkelkan menyebabkan sedikit rasa menyampah terhadap bangla sudah ada di situ,bayangkanlah masa tengah buat kerja boleh bercakap dengan orang yang berada di kaunter lain.semasa menunggu untuk di"tiba"kan di bangladesh aku sempat lagi berborak dengan nek itam yang sekali lagi sudah duduk di lantai yang tidak berapa jauh dari kaunter itu.kak sha,iaitu isteri pasangan suami isteri yang ku tidak kenali itu juga mengambil tempat duduk di sebelah nek itam
kak sya mula berborak dengak nek itam dan akhirnya berkata
"isyhhh,mana suami aku ni,dari tadi hilang jew"aku yang turut duduk tersenyum mendengar dia berkata begitu sambil melihat kelibat susuk lelaki yang kurasakan suami kepada kak sya,dia kelihatan seperti berborak dengan seorang pihak berkuasa bangladesh yang sedang mengecop dan memasukkan data peribadi semua jemaah kedalam sistem.dia kelihatannya seperti tahu berbual dengan pegawai berketurunan india itu,aku terus berdiri dan mendekati suami kak sya yang berada di tepi kaunter itu,sampainya aku disana aku melihat bahawa suami kak sya itu tadi asyik merenung apa yang pegawai itu buat sambil berborak dengan pegawai itu dalam bahasa inggeris dan cuba meniru lagak bahasa bangla pegawai tersebut.aku hanya tersenyum ketika itu
dan berkata
"rasanya sampai bila ada kat sini lagi ni bang"aku bertanya
"ntahlew,dia orang ni suka buat kerja lambat jew"abang itu menjawab
"oooo...itu macam ka????"
"ya"
selepas semakin bosan aku melihat kelembapan pegawai bangla melakukan kerjanya,aku kembali ke tempat nek itam bersama kak sya itu duduk.
"kak,abang tu nampak macam reti cakap ngan bangla tu" tanya ku kepada kak sya
"dia memang camtu,dia pantang kalau jumpa something yang kalau dia rasa menarik,mesti dia akan mengajuk dan meniru lagak yang disukainya"terang kak sya
aku hanya tersenyum kecil beliau berkata sebegitu,dalam bosan-bosan itu juga aku membelek wang negara bangladesh yang telah kami tukar disana.
nama matawang bagi negara ini adalah "TAKA" ataupun bila dishortform jadi "TK" je.RM 50 disini bersamaan dengan 855 taka,langsung aku tidak tahu macamana nak menggunakan wang ini,ingat lagi masa lawatan ku ke pulau bengkalis,hampir aku tak mengerti nak menggunakan wang rupiah indonesia apabila kalau hanya membeli air tin sahaja 4 ribu rupiah,kalau kat malaysia seringgit berapa je kan.berbalik kepada bangladesh balik,ku tak tahu berapa lama nak stuck dekat situ tapi aku teringin sekali untuk melihat suasana bangladesh.akhirnya tidak sampai dua jam kami disitu akhirnya kami "tiba" di bangladesh secara rasminya,selepas lama melabuhkan punggung di lantai airport itu,inilah masanya kami tengok negara especially ni kira first time bagi aku di luar rantau nusantara(ceeewah ayat x boleh blaar).keluar je dari airport tu apa yang aku lihat hanya totally disastrous..kenapa aku cakap macam tu sebab keluar je aku dari airport ,aku hanya melihat warga bangladesh berdiri bersepahan disepanjang pagar besi yang memisahkan kami yang berada didalam airport dan diluar,apa yang aku nampak ternyata memalukan kerana ianya tak ubah gaya seorang banduan yang berdiri di jeriji besi,and then yang paling menakutkan adalah ada beberapa orang tentera yang kelihatan mengawal pagar masuk airport berkenaan membuatkan aku merasa berada di negara israel masa itu.walau bagaimanapun semakin lama aku berada di situ ,aku menasihatkan diriku tiada apa yang perlu ditakutkan,semasa aku mengambil gambar disitu,ada seorang kakak yang kemudiannya aku kenali sebagai kak yati menegur aku dan menyuruh aku diambil gambar olehnya.dan hasilnya
hahaha..kelakar jugak bila aku tengok gambar ni,kelihatan muka aku macam dipaksa pergi ke bangladesh.anyway,being in bangladesh it such amazing experience..jadi kepada sesiapa yang mengetahui dengan lebih lanjut tu..tunggulah dalam part 2 plak bagi tajuk ini...hehehehhe
No comments:
Post a Comment