Friday, November 26, 2010

CHAPITRE 1:UMRAH:11 JUN 2010-12 JUN 2010

Hmmmm..hari itu tak tahulah kenapa rasa lain macam sangat..fikiranku bercelaru...adakah aku layak untuk mengunjungi rumah allah itu...aku pun tak tau kenapa aku hendak sangat temani ayahku kesana.tetapi bila ku terfikir balik memang tak salah kot..kalau aku ikut ayah aku ke sana..bukannya aku anggap ini sebagai percutian.tetapi aku melihat sebagai satu langkah aku mendekatkan diri aku kepadanya,tidak salah bukan aku berbuat demikian."issyhh,aku ni..takkan jahil sangat aku ni kot"kataku dalam hati.pelbagai benda yang bermain di fikiranku,macammana ar aku kat sana nanti.pasni .sebab aku sebelum ni pernah mendengar cerita2x orang berkaitan dengan kota mekah al mukarramah itu,yang pasni semua cerita itu pelik dan menyimpan banyak misteri.tapi aku rasa itu tak mungkin terjadi sekiranya kita tidak berkelakuan baik di sana.

"hoi mandi,malam ni kan ko nak gerak.ko dah siap packing barang dah?"mak aku menanya.

aku hanya tersenyum(mmg itu lew habit aku..senyum je tau)"dah mak.cuma ada barang yg blum,tapi itu boleh isi kat beg sorong tu kan"jawab aku

hari itu kebetulan mak cik roha.iaitu adik kepada mak aku turut berada disini.mungkin hendak melihat sekali pemergianku.

malam itu pula aku telah menghantar semua barang antaranya semua bagasi ke dalam van ayah aku.ayah aku menanya "kau dah siap"

"belum ayah,tak tahu nak pakai apa,nak kena pakai jubah ke ayah?"tanyaku kepada ayah

"tak payah,pakai yg simple2x je la.lagipun kita tolak malam dan kita naik pakai transit,jadi kita tak ke arab dulu"jelas ayah aku yang kelihatan sudah siap itu

aku pun menyambar sebuah kemeja hitam dan memakainya dengan sepasang seluar slack hitam,dan aku juga terus menyarungkan jaket hitam yang baru dibeli.

aku pun keluar sambil membawa beg sorong aku beserta beg sandang yang mengandungi pasport.pada malam itu dua buah kenderaan yang mengiringi pemergian ku pada malam itu iaitu van ayahku beserta dengan kereta pak cik ghani,suami mak cik roha.aku ,pak long,baby beserta ayahku menaiki van yang dipandu oleh kenalan ayah aku yang bernama hamdan,sementara mak,adik beserta dgn kluarga mak cik aku di kereta mereka.

sebelum sampai ke airport,aku telah menerima ucapan selamat bagiku dan ayahku juga supaya selamat sampai dan selamat balik dari rakan-rakan.aku tersenyum tatkala melihat mesej tersebut.sampai di airport ku tidak lagi melihat lagi kelibat kereta proton iswara milik pak cik aku tu.lagi,semestinya mereka mencari tempat bagi meletak kereta.selepas itu ayah aku beserta abg hamdan mengeluarkan semua bagasi-bagasi milik kami.aku melihat bagasi aku yang bercorak kain askar berwarna putih yang kelihatan besar itu,namun apabila ku melihat bagasi kedua yg dikeluarkan iaitu beg ayah aku,ternyata lebih besar dan tinggi sedikit drpd beg aku,terdetik di hatiku berkata"ini macam pergi tak nak balik langsung jew ni...hehehe"

aku melihat sekeliling airport tersebut,yang kebanyakan diantarannya aku tengok banyak juga orang yang menunaikan ibadah umrah sekarang ini,sebab pada masa tu cuti penggal,jadi banyak antara mereka yang meluangkan masa mereka dgn mengerjakan ibadah umrah.tatkala aku melihat senario orang ramai yang berada di luar pintu airport itu.aku melihat keluarga nek itam berjalan bersama dengan anak dan cucu beliau.
"oohh,baru ku teringat bukan kita 2 orang je yang pergi".
aku baru tringat bahawa seorang nenek saudara beserta dua datuk saudaraku turut serta,kenapalah aku boleh lupa semua itu....hmmmmm.
aku beserta yang lain merapati mereka lalu bersalaman antara mereka.di saat itu aku belum lagi nampak mak ,adik aku,mungkin mereka tak tahu kami di lorong mana.

disana juga aku melihat banyak ahli saudaraku yang datang,semua diantara tersenyum gembira walaupun kebanyakan diantara mereka letih kerana waktu pada masa itu mahu menganjak ke tengah malam.mak dan adik aku juga telah kelihatan bersama pak cik ghani.




dalam lebih kurang pukul 1.30-2.00pagi,pihak as-solihin,iaitu agensi yang kami gunakan untuk melaksanakan ibadah umrah ini telah menyerahkan semua kad nama dan tiket penerbangan.mereka memberitahu bahawa kami akan bertolak dahulu ke Dhaka,bangladesh pada pukul 3.00 pagi nanti dan mereka juga memberitahu serba sedikit tentang aktiviti yang bakal berlaku di bangladesh nanti.beberapa minit kemudian kami diberitahu untuk bergerak sekarang.dan juga pada masa itulah salam-bersalaman antara saudara telah berlaku,ada juga antara mereka yang pergi berpelukan dengan ahli saudara yang lain sebagai tanda selamat tinggal.setelah aku, ayah,nek itam,tok tih,dan tok cu telah check in,kami melambai mereka yang diatas kerana kami sudah dipisahkan melalui tembok kaca.setelah aku menunjukkan pasport aku dan meletakkan beg2x yang dibawa untuk pemeriksaan kepada berkuasa.kami pun menaiki tren yg membawa kami ke tempat menunggu penerbangan.disebabkan kami adalah diantara yang paling  lewat muncul di platform berlepas.tetapi selepas lama menunggu akhirnya kami pun mula memasuki pesawat tersebut

No comments:

Post a Comment