Tuesday, November 30, 2010

CHAPITRE 3:UMRAH:12 JUN 2010 PART 2

Assalamualaikum...semua...aku nak sambung pengalaman aku semasa di Dhaka,di part 1 aku banyak membebel habis pasal tahap kelembapan warga bangladesh...hari ni aku nak cerita tentang pengalamanku masa bersiar-siar di Dhaka...selepas keluar dari airport ,kami menaiki van yang menuju ke hotel yang telah kami maklumkan tadi iaitu"le meridien"...aku dan semua ahli kumpulan 1 yang baru dibentuk tadi mula menaiki van itu....dan kelihatannya seat dalam van itu semuanya mencukupi bagi semua ahli kumpulan 1..sepanjang perjalanan ke hotel,aku banyak mengambil gambar pemandangan di dhaka...
tentera@ polis yang menjaga di sekitar jalan masuk ke airport

bangunan2x yg ada di sekitar bandar dhaka



melihat suasana bandar dhaka di balik tingkap van itu terasa seperti melihatnya dari kaca televisyen kerana  bandar berkenaan jauh bezanya dengan kuala lumpur,mungkin aku berasa janggal kerana aku tidak pernah melihat negara orang sebelum ini .semasa aku dalam perjalanan ke hotel ,aku ada perasan bahawa pemandu di sekitar bandar itu mempunyai satu habit yang pelik,maybe kat negara india pon ada habit ni kot, sebab pemandu kat bangladesh ni(tak kira lar bas ke,kereta ke) mempunyai tabiat  menghon kenderaan  masing tanpa sebab,tak kiralah kita tak buat salah ke,ada ke mereka main hon sesuka hati mereka je,kadang-kadang aku rasa orang bangla ni suka bunyi hon sebab nampak meriah kot.maybe kat sana tak sama macam malaysia yang sekali kita hon,pelbagai kejadian saman menyaman akan berlaku,tapi dekat sana tidak,mereka buat selamba je,walaubagaimanapun aku anggap ini adalah senario yang menarik untuk aku kenali sikit sisi kehidupan rakyat disini.disaat aku asyik mengambil gambar pemandangan disekililing ,aku mulai sedar yang kami sudah sampai ke hotel,aku merasa tidak percaya kerana sudah sampai di hotel padahal aku rasa macam sekejap aje,rupanya kedudukan hotel itu dekat sahaja dengan airport tadi,aku melihat bangunan hotel itu tidak seperti yang aku bayangkan semasa di  airport tadi,tidak sama langsung le meridien yang ada KL tu.bila aku tengok signboard hotel itu,rupanya bukan le meridien tapi "Del Meridien"..heheheheh...bangunan hotel yang kelihatan sempit itu berwarna biru,mengingatkan aku kepada rumah ku yang berada di tanah air.aku ,ayah ,atuk dan nenek bersama -sama ahli kumpulan 1 yang lain semuanya masuk ke dalam hotel itu,kami semunya melangkah ke lobi yang tersedia tempat duduk disitu.
huhu..that's me..Dah takde keje nak wat...

pemandangan di sekitar hadapan hotel tempat aku menginap,
yang bangunan berwarna biru tulah Hotel Del meidien...cehhh~~~

sekitar lobi

ayahku...hehehhehe

tok cu with nek itam

huhu..aku terlupa pula nak beritahu,kedatangan kami dihotel itu juga ditemani dengan abang muhsin,beliau adalah anak lelaki ustazah yang mengetuai jemaah -jemaah as-solihin disini,semasa kami duduk di lobi berkenaan,aku lihat dia di kaunter tengah uruskan penginapan sementara kami disana,apabila aku cakap "sementara",it means kami para jemaah tidak lama di bangladesh kerana pada malamnya pula kami akan berangkat ke mekah,aku lihat jam masa kami di lobi,dalam pukul 11.30 lebih kurang,baru aku sedar aku belum makan apa-apa lagi hari itu,kali terakhir aku makan pun masa kat dalam  flight,nasib baik pesawat bangladesh sediakan nasi,selepas beberapa minit berada di lobi,abang muhsin terus memberi kunci kepada para jemaah ,aku ,ayah dan dua atuk ku terus ke bilik kami di tingkat 2,nenek pula terpaksa duduk dengan jemaah wanita yang lain,aku yang memegang kunci yang diberikan  tadi membuka pintu bilik yang tertera nombor 204 di depannya,pintu di buka aku melihat bilik itu mempunyai 4 katil,memang bersesuaian betul dengan bilangan kami pada masa itu,aku ambil bed di tepi ayah dan memerhatikan sahaja bilik itu,lebih besar sedikit rasanya berbanding bilik aku,memang tak hairanlah kalau dapat mengisi 4 single bed di dalamnya.aku membuka tv dikala yang lain membuka baju untuk mandi,tok tih yang aku lihat sudah siap bertuala untuk ke bilik mandi,aku lihat rancangan di kaca Tv tu,hendak sekali aku mencari rancangan melayu di dalamnya,tetapi hampa sekali apabila melihat satu rancangan berita berbahasa tamil kelihatan di kaca TV itu,aku menekan remote untuk melihat rancangan yang lain,ternyata aku sekali lagi tidak berminat untuk terus melihat TV itu,lalu ku biarkan sahaja TV berkenaan yang kini memaparkan satu rancangan kartun berbahasa asing,aku lihat ayah aku berborak dengan tok cu,ternyata aku langsung tak berminat nak berborak dengan mereka lalu kubuka baju dan terus mengambil bantal dan tidur,tetapi tidurku tidak lama beberapa mini kemudian ayah aku mengejutkanku.

"eh bangun,nak pergi makan ni"ayah aku mengejutkanku

aku yang separuh sedar berkata"apa??"

"nak pergi makan tak,cepat siap!"

aku pun mencapai kemeja yang kupakai tadi,lalu kusarungkan semula ,aku tengok dua atuk kusudah siap berpakaian.melihat aku mulai siap berpakaian,aku dan yang lainnya keluar ke tingkat atas,di tingkat atas hotel itu terletaknya restoran,sampai disana aku lihat yang pasangan suami isteri yang sudah berusia tu tadi sudah ada di dalam restoran itu,ayah aku menyapa yang si suami dengan loghat perak ,ternyata yang mereka datang dari kampung yang sama,perak.disusuli pula pada ketika itu pasangan suami isteri yang juga tiba di ruangan itu semasa kami baru sahaja duduk.kami berborak sambil menunggu makanan tiba,akhirnya  benda yang ditunggu telah sampai,seorang mula meletakkan apa yang aku kenal sebagai roti canai beserta kuah.

inilah makanannya....huhuhu


walaupun tekak aku masih mengharap pada nasi ketika itu,tetapi melihatkan keadaan perut yang sudah membuat orkestra di dalamnya,maka ku bedal saja makanan itu tanpa merungut,lagipun sedap juga roti tu,rasa macam kat restoran mamak pulak,aku lihat semua yang ada dalam restoran itu pun makan dan kelihatan berpuas hati sahaja dengan apa yang diberikan kepada mereka,nenek itam pula masuk keruangan itu pula bersama-sama dua jemaah wanita yang kemudiannya kukenali sebagai kak faizah dengan kak yati,mereka duduk di meja panjang yang berlainan dengan kami.sudah menjadi kebiasaan yang ayah ternyata makan dengan begitu laju,it means bukan gelojoh tetapi sudah kebiasaan beliau menghabiskan makaan dengan cepat.aku yang juga mengikut tabiat makan ayah itu mula pergi ke tempat basuh tangan yang ku perasan berada di luar ruangan itu,aku keluar dan melihat di sebelah kiri aku ada satu ruangan yang aku tidak perasan sebelum masuk ke restoran.ianya seperti rooftop yang menyerupai balkoni,aku cepat-cepat basuh tangan dan terus ke situ,aku lihat di ruangan itu ada beberapa jemaah yang sekumpulan dengan kami berada di situ,dari situ aku dapat lihat panorama di sekitar bandar tersebut,aku terlihat juga bangunan-bangunan yang pada aku kelihatan seperti gedung membeli belah,dan semestinya bunyi hon yang kelihatan "menghiasi"bandar dhaka itu.ada juga kelihatan bangunan-bangunan yang belum siap yang bagi cara pembinaan mereka agak menakutkan.

hahaha...ntah hapa2x

hensem ar sgat...kuikuikui

anyway ayat tiba-tiba muncul and then soh plak tangkap gambar ang finally
inilah hasilnya...heheheheh

pemandangan dari atas...



serius LOL...bak kata abg obefiend...guna buluh or rotan sebagai  mereka punya scaffolding..anyway scaffolding juz untuk binaan sementara sebagai support pada bangunan.ini first time plak aku tgk mrk guna material ni...huhuu

anyway, cerita berhenti disini,tak larat pula nak sambung,so lepas ini aku nak cerita pengalaman bersiar-siar di dhaka,adakah best atau tak di sana...bye










Saturday, November 27, 2010

CHAPITRE 2:UMRAH:12 JUN 2010 PART 1

perjalanan dari kuala lumpur ke dhaka akan mengambil masa selama 4 jam.fuh..memeningkan apabila berada dalam kapal terbang.sebelum ini aku terfikir bahawa naik kapal terbang ini seronok,sebab boleh sesuatu tempat itu dari atas,but actually its not..sebab ianya membuatkan aku pening...dan yang paling memeningkan...6 jam perjalanan...memang"seronok" hmmmm....lagipun when we got our first flight...aku terpisah dengan 4 saudaraku yang lain yang menyebabkan aku terpaksa duduk dengan orang yang tidak dikenali selama 6 jam jugak...anyways memang kami x bleyh nak duduk sama memandangkan kalau tengok kepada tiket ianya berlainan tempat.nasib baiklar kat beg sandang aku ada hearphone yang besar bagak tu..senang sikit nak kurangkan bosan dalam pesawat tu.pesawat tu memang besar,walaupun ianya kepunyaan syarikat penerbangan dari bangladesh,tapi ia mampu membawa beratus-ratus penumpang di dalamnya,kalau nak diikutkan bukan jemaah dari as-solihin jew berada disitu.banyak lagi jemaah dari agensi yang berlainan

sesampainya kami di dhaka dalam pukul 6 atau 7 pagi .waktu di dhaka adalah lewat 2 jam dari waktu kita malaysia,jadiv lebih kurang kita orang sampai dalam pukul 10.00 waktu malaysia.aku yang tidak tahu mana di mana ayahku berada masa tu sebab keadaan sesak dan aku belum pernah ke negara orang yang membuat aku tertanya-tanya di mana yang lain,semasa aku keluar dari pesawat tu,aku merasa tidak percaya kerana adakah aku sudah meninggalkan malaysia ,sebab aku tidak pernah seperti orang lain  yamg mampu ke australia ,korea atau mana-mana negara semata-mata untuk melancong,itulah pengalaman kali pertama aku di negara orang walaupun sebelum ini aku pernah ke pulau bengkalis bagi melihat saudaraku di sana,tetapi pengalamanku berada di bangladesh tidak pernah aku lupakan sampai bila-bila.aku pada masa tu masih keseorangan semasa hendak menuruni tangga pesawat,tapi nasib baiklah apabila aku melihat kelibat tok cu di dalam bas angkut betul-betul di depan tangga flight tersebut,aku terus mendapatkanya walaupun sebelum ini aku tidak pernah rapat dengan beliau.

"mana yang lain,ayah kau semua mana??"tanya tok cu

"tak tahulah tok cu,tadipun saya terpisah dengan mereka masa hendak menaiki pesawat"jawab aku masih tercari-cari mereka yang lain,mungkin mereka dah keluar awal sebelum aku dan tok cu

beberapa minit selepas itu,bas angkut itu mula meninggalkan tempat dimana pesawat itu berhenti dan membawa kami ke bangunan airport tersebut,sampai kami ke destinasi aku ,tok cu beserta dengan para jemaah yang lain turun dari bas tersebut.semasa  turun aku terus sahaja aku mengikut jejak to cu dibelakangnya,aku tidak mahu terlepas pandangan darinya kerana aku tidak mahu diriku dalam keadaan sesat di negara orang.semua orang yang turrun dari bas tadi menuju ke pintu untuk masuk ke dalam bangunan airport tersebut.sesampainya di pintu sahaja aku sudah melihat kelibat ayah aku,beserta nek itam,tok tih yang duduk bersama sepasang suami isteri yang tidak kukenali sebelum itu,kali terakhir ku melihat pasangan suami isteri itu pun adalah semasa sesi kursus umrah yang dibuat di pejabat As-solihin.tok cu dan aku pun mendekati mereka.



perasaan aku tidak percayaku mula tertutup apabila aku melihat signboard"welcome to bangladesh" or"bangladesh bank" yang terpampang di dalam airport,lalu aku bertanya dalam hati apa yang "best" kat bangladesh sebab sebelum ini aku hanya melihat bangladesh melalui lambakan mat bangla yang berada kat KL tu.aku tak tahu pula bahawa bangladesh itu sebuah negara(hehehehe...),bila difikir-fikir balik memang teruk betul geografi aku.aku memandang sekeliling ruang di airport,banyak jemaah dari malaysia memenuhi ruang tersebut,banyak berbual sesama kenalan mereka,semua saudaraku termasuk ayah aku sudah duduk bersila atas lantai tersebut.aku juga turut sama duduk melihat ayah dan nek itam berbual dengan sepasang suami isteri yang tak ku kenali itu,mereka berbual dengan suami isteri mereka dah mengenalinya lama sebelum ini.aku pada masa itu hanya memandang dan memerhati keadaan airport.selepas beberapa minit,orang-orang dari as-solihin telah memanggil kami dengan gelaran "as-solihin"iaitu merujuk kepada nama syarikat mereka,kami yang mengenali nama itu mulai berdiri,termasuk dengan pasangan suami isteri tadi mula mengekori mereka semua "as-solihin"yang lain ke kaunter ketibaan,walaupun ianya dinamakan kaunter ketibaan tapi kami tidak pernah"tiba" di negara itu selama hampir dua jam disebabkab oleh kelembapan dan juga attitud kerja pihak berkuasa bangladesh yang nampak macam totally "rubbish",melihat dari situ aku dah tau macammana keadaan negara mereka orang.tetapi sebelum itu aku juga sempat mendengar taklimat dari warga as-solihin yang mengatakan bahawa kami akan singgah di negara ini buat beberapa jam sahaja(thank god) and then kami semua jemaah warga as-solihin yang jumlahnya semua dalam seratus lebih akan ditempatkan dalam dua hotel yang berlainan,ini bermakna semua jemaah tersebut akan dipisah menjadi dua kumpulan.aku ,ayah dan datuk nenek saudarraku dlm kumpulan 1dan kami telah diberitahu akan menginap hotel yang diberi "le meridien"

"wah, betulkah ini takkan lah le meridien kot.nama hotel pon dah cantik..hehhehehe" .teringat aku akan hotel le meridien yang ada di tepi KL sentral itu.

kami menunggu hampir dua jam juga selama di kaunter ketibaan itu atas beberapa sebab.pertama ,bilangan jemaah yang agak ramai kerana bukan jemaah as-solihin saja berada disitu tapi jemaah dari agensi juga berada disitu.bayangkan dalam satu agensi ada berapa ramai jemaah.kedua ,kelembapan dan juga attitud kerja warga bangladesh yang menjengkelkan menyebabkan sedikit rasa menyampah terhadap bangla sudah ada di situ,bayangkanlah masa tengah buat kerja boleh bercakap dengan orang yang berada di kaunter lain.semasa menunggu untuk di"tiba"kan di bangladesh aku sempat lagi berborak dengan nek itam yang sekali lagi sudah duduk di lantai yang tidak berapa jauh dari kaunter itu.kak sha,iaitu isteri pasangan suami isteri yang ku tidak kenali itu juga mengambil tempat duduk di sebelah nek itam
                                   



kak sya mula berborak dengak nek itam dan akhirnya berkata

"isyhhh,mana suami aku ni,dari tadi hilang jew"aku yang turut duduk tersenyum mendengar dia berkata begitu sambil melihat kelibat susuk lelaki yang kurasakan suami kepada kak sya,dia kelihatan seperti berborak dengan seorang pihak berkuasa bangladesh yang sedang mengecop dan memasukkan data peribadi semua jemaah kedalam sistem.dia kelihatannya seperti tahu berbual dengan pegawai berketurunan india itu,aku terus berdiri dan mendekati suami kak sya  yang berada di tepi kaunter itu,sampainya aku disana aku melihat bahawa suami kak sya itu tadi asyik merenung apa yang pegawai itu buat sambil berborak dengan pegawai itu dalam bahasa inggeris dan cuba meniru lagak bahasa bangla pegawai tersebut.aku hanya tersenyum ketika itu
dan berkata

"rasanya sampai bila ada kat sini lagi ni bang"aku bertanya

"ntahlew,dia orang ni suka buat kerja lambat jew"abang itu menjawab

"oooo...itu macam ka????"

"ya"

selepas semakin bosan aku melihat kelembapan pegawai bangla melakukan kerjanya,aku kembali ke tempat nek itam bersama kak sya itu duduk.

"kak,abang tu nampak macam reti cakap ngan bangla tu" tanya ku kepada kak sya

"dia memang camtu,dia pantang kalau jumpa something yang kalau dia rasa menarik,mesti dia akan mengajuk dan meniru lagak yang disukainya"terang kak sya

aku hanya tersenyum kecil beliau berkata sebegitu,dalam bosan-bosan itu juga aku membelek wang negara bangladesh yang telah kami tukar disana.

nama matawang bagi negara ini adalah "TAKA" ataupun bila dishortform jadi "TK" je.RM 50 disini bersamaan dengan 855 taka,langsung aku tidak tahu macamana nak menggunakan wang ini,ingat lagi masa lawatan ku ke pulau bengkalis,hampir aku tak mengerti nak menggunakan wang rupiah indonesia apabila kalau hanya membeli air tin sahaja 4 ribu rupiah,kalau kat malaysia seringgit berapa je kan.berbalik kepada bangladesh balik,ku tak tahu berapa lama nak stuck dekat situ tapi aku teringin sekali untuk melihat suasana bangladesh.akhirnya tidak sampai dua jam kami disitu akhirnya kami "tiba" di bangladesh secara rasminya,selepas lama melabuhkan punggung di lantai airport itu,inilah masanya kami tengok negara especially ni kira first time  bagi aku di luar rantau nusantara(ceeewah ayat x boleh blaar).keluar je dari airport tu apa yang aku lihat hanya totally disastrous..kenapa aku cakap macam tu sebab keluar je aku dari airport ,aku hanya melihat warga bangladesh berdiri bersepahan disepanjang pagar besi yang memisahkan kami yang berada didalam airport dan diluar,apa yang aku nampak ternyata memalukan kerana ianya tak ubah gaya seorang banduan yang berdiri di jeriji besi,and then yang paling menakutkan adalah ada beberapa orang tentera yang kelihatan mengawal pagar masuk airport berkenaan membuatkan aku merasa berada di negara israel masa itu.walau bagaimanapun semakin lama aku berada di situ ,aku menasihatkan diriku tiada apa yang perlu ditakutkan,semasa aku mengambil gambar disitu,ada seorang kakak yang kemudiannya aku kenali sebagai kak yati menegur aku dan menyuruh aku diambil gambar olehnya.dan hasilnya


hahaha..kelakar jugak bila aku tengok gambar ni,kelihatan muka aku macam dipaksa pergi ke bangladesh.anyway,being in bangladesh it such amazing experience..jadi kepada sesiapa yang mengetahui dengan lebih lanjut tu..tunggulah dalam part 2 plak bagi  tajuk ini...hehehehhe

Friday, November 26, 2010

CHAPITRE 1:UMRAH:11 JUN 2010-12 JUN 2010

Hmmmm..hari itu tak tahulah kenapa rasa lain macam sangat..fikiranku bercelaru...adakah aku layak untuk mengunjungi rumah allah itu...aku pun tak tau kenapa aku hendak sangat temani ayahku kesana.tetapi bila ku terfikir balik memang tak salah kot..kalau aku ikut ayah aku ke sana..bukannya aku anggap ini sebagai percutian.tetapi aku melihat sebagai satu langkah aku mendekatkan diri aku kepadanya,tidak salah bukan aku berbuat demikian."issyhh,aku ni..takkan jahil sangat aku ni kot"kataku dalam hati.pelbagai benda yang bermain di fikiranku,macammana ar aku kat sana nanti.pasni .sebab aku sebelum ni pernah mendengar cerita2x orang berkaitan dengan kota mekah al mukarramah itu,yang pasni semua cerita itu pelik dan menyimpan banyak misteri.tapi aku rasa itu tak mungkin terjadi sekiranya kita tidak berkelakuan baik di sana.

"hoi mandi,malam ni kan ko nak gerak.ko dah siap packing barang dah?"mak aku menanya.

aku hanya tersenyum(mmg itu lew habit aku..senyum je tau)"dah mak.cuma ada barang yg blum,tapi itu boleh isi kat beg sorong tu kan"jawab aku

hari itu kebetulan mak cik roha.iaitu adik kepada mak aku turut berada disini.mungkin hendak melihat sekali pemergianku.

malam itu pula aku telah menghantar semua barang antaranya semua bagasi ke dalam van ayah aku.ayah aku menanya "kau dah siap"

"belum ayah,tak tahu nak pakai apa,nak kena pakai jubah ke ayah?"tanyaku kepada ayah

"tak payah,pakai yg simple2x je la.lagipun kita tolak malam dan kita naik pakai transit,jadi kita tak ke arab dulu"jelas ayah aku yang kelihatan sudah siap itu

aku pun menyambar sebuah kemeja hitam dan memakainya dengan sepasang seluar slack hitam,dan aku juga terus menyarungkan jaket hitam yang baru dibeli.

aku pun keluar sambil membawa beg sorong aku beserta beg sandang yang mengandungi pasport.pada malam itu dua buah kenderaan yang mengiringi pemergian ku pada malam itu iaitu van ayahku beserta dengan kereta pak cik ghani,suami mak cik roha.aku ,pak long,baby beserta ayahku menaiki van yang dipandu oleh kenalan ayah aku yang bernama hamdan,sementara mak,adik beserta dgn kluarga mak cik aku di kereta mereka.

sebelum sampai ke airport,aku telah menerima ucapan selamat bagiku dan ayahku juga supaya selamat sampai dan selamat balik dari rakan-rakan.aku tersenyum tatkala melihat mesej tersebut.sampai di airport ku tidak lagi melihat lagi kelibat kereta proton iswara milik pak cik aku tu.lagi,semestinya mereka mencari tempat bagi meletak kereta.selepas itu ayah aku beserta abg hamdan mengeluarkan semua bagasi-bagasi milik kami.aku melihat bagasi aku yang bercorak kain askar berwarna putih yang kelihatan besar itu,namun apabila ku melihat bagasi kedua yg dikeluarkan iaitu beg ayah aku,ternyata lebih besar dan tinggi sedikit drpd beg aku,terdetik di hatiku berkata"ini macam pergi tak nak balik langsung jew ni...hehehe"

aku melihat sekeliling airport tersebut,yang kebanyakan diantarannya aku tengok banyak juga orang yang menunaikan ibadah umrah sekarang ini,sebab pada masa tu cuti penggal,jadi banyak antara mereka yang meluangkan masa mereka dgn mengerjakan ibadah umrah.tatkala aku melihat senario orang ramai yang berada di luar pintu airport itu.aku melihat keluarga nek itam berjalan bersama dengan anak dan cucu beliau.
"oohh,baru ku teringat bukan kita 2 orang je yang pergi".
aku baru tringat bahawa seorang nenek saudara beserta dua datuk saudaraku turut serta,kenapalah aku boleh lupa semua itu....hmmmmm.
aku beserta yang lain merapati mereka lalu bersalaman antara mereka.di saat itu aku belum lagi nampak mak ,adik aku,mungkin mereka tak tahu kami di lorong mana.

disana juga aku melihat banyak ahli saudaraku yang datang,semua diantara tersenyum gembira walaupun kebanyakan diantara mereka letih kerana waktu pada masa itu mahu menganjak ke tengah malam.mak dan adik aku juga telah kelihatan bersama pak cik ghani.




dalam lebih kurang pukul 1.30-2.00pagi,pihak as-solihin,iaitu agensi yang kami gunakan untuk melaksanakan ibadah umrah ini telah menyerahkan semua kad nama dan tiket penerbangan.mereka memberitahu bahawa kami akan bertolak dahulu ke Dhaka,bangladesh pada pukul 3.00 pagi nanti dan mereka juga memberitahu serba sedikit tentang aktiviti yang bakal berlaku di bangladesh nanti.beberapa minit kemudian kami diberitahu untuk bergerak sekarang.dan juga pada masa itulah salam-bersalaman antara saudara telah berlaku,ada juga antara mereka yang pergi berpelukan dengan ahli saudara yang lain sebagai tanda selamat tinggal.setelah aku, ayah,nek itam,tok tih,dan tok cu telah check in,kami melambai mereka yang diatas kerana kami sudah dipisahkan melalui tembok kaca.setelah aku menunjukkan pasport aku dan meletakkan beg2x yang dibawa untuk pemeriksaan kepada berkuasa.kami pun menaiki tren yg membawa kami ke tempat menunggu penerbangan.disebabkan kami adalah diantara yang paling  lewat muncul di platform berlepas.tetapi selepas lama menunggu akhirnya kami pun mula memasuki pesawat tersebut

GLEE

first i nk citew satu series tv yg mybe korang pon tau kan....tajuknya"glee"...satu drama komedi muzikal yg dimana menceritakan sekumpulan pelajar dr william mckinley high school yg dimana mereka ahli kelab glee yg diterajui oleh guru bahasa sepanyol mrkorg yg bernama william schuester(matthew morrison) yg tlah mengambil alih kelab glee yg dahulunya telah diketuai oleh sandy ryerson yg tlah didakwa berkelakuan sumbang semasa dlm kelab itu...maka dgn itu will schuester scara tragisnya mengambil alih kelab glee itu dan menamakan koir ciptaan bliau itu dgn "New Directions"
anyway pada mulanya aku bkan tgk sangat ctew ni sbb aku pon tak tau apa jlan ctewnyew and at the same time..aku pon x tau mnatang hapew tu glee...hehehe..ngupewnyew bila aku check kat wikipedia..glee ni adalah satu muzikal group yg dimana ahlinya terdiri dari kaum lelaki atau wanita atau kedua-duanya skali...so dlm erti kata lain ianya mcm kumpulan koir kiranya...but glee club ni mcm aktiviti tok bdak koir ni jew..tok tjuk bakat mrkorg dan skaligus club ni mcm perjumpaan or meeting bg budak2x ahli ni...aku mula nak mengenali ctew ni pon ..bila aku tdengar first song dr mrkorg nyanyi lagu britney spears.."Toxic"...and then bila ak dgr mcm"wah...so cool" sbb mrkorg make that song dgn cara mrkorg sndiri tanpa ikot rythm britney..pastu ak mula ar bjinak-jinak mendownload stiap episod bg crita ini...nak tau gak apa kisah dia


My Family

ok guys..i want introduce you about my family....ok
ok...first introducing ....and im very honoured to present...Yob shaari Bin abdullah@mrangkap bank negara aku...heheheheh....sorang ayah yg sporting though wlopon slalu kna mrah @bebel oleh bliau...but stilll tahan ngan anak dia agy...trutamanya yg kuat "ngamok" tu...spew yg kuat ngamok tu..nak tau...TUNGGGUUUU!!!!!!!...heheheheh.....
.
this is my mum or kadangkala hanya dpanggil sbg emak...nama dia Waidah Binti Baba...klo my ayah specialize dlm bab bebel...my mum ni plak specialize dlm bab jerit...klo ada antara adik bradiktu yg wat hal kat umah tu...maka menjeritlah bliau..tukang masak yg plg mmahahmi citarasa anaknya...tp mak akuni klo jerit dia xleyh challenge sumbudy yg agy kuat jrit dia...nak tau gakk...sabar lew ek???????hehehehehhe
hahaha...that's me...Mohd Shafierul Anuar Bin Yob Shaari...huhu..siap  bg nma pnoh lak..anyway xde papew nk describe ttg mamat propa  sorang ni(ngakoo pon)... hehehehe...anyways...saya seorang abg yg skew crik psal ngan adik2x bliau yg dimana disudahi dgn jritan dr mak saya..haha..anyway mamat nmmpunyai habit skew tersenyum yg agk tggi....pegi jew mna2x senyum...hehehehe,,,habis nak wat canew kan..bdak baek mmg camtu...anyway i love arts...apa-apaje la ttg arts...i msti skew nyew..

ok..she is second child in my family(eventhough all people seen she is third bcuz she is short...hahaha)her name is Nurul Fatihah Binti Yob Shaari...she is 16 bcum turn 17...kuat bergaya(kata mak ar)hahaha...anyway rmai org plik klo ak kata she is my little sister....sbb mrk mybe kliru perbezaan warna kulit or mybe kitorang nyew face yg nmpak ketara lainnya..sbb itulah in my family bliau lew yg pling plik klo mengikut apa yg saya gitau td...hehehehehe...tp she closed with my mum..sbb klo berborak pon brsama..tp klo bgadoh pon brsama gak...hehehehe
OK.minah yg tgh makan ni plak ada lew 3rd child in family..nama dia adalah Fatin Nurul Amirah Binti Yob Shaari..atau bliau sntiasa membahasakan diri bliau sbg "fatin nurul amirah yang cantik"...prsoalan disitu....huhuhu..anyway bdak ni plg kuat propa...klo dia merapuu...mmg bliau adalah no1....mnangis pon no.1....mengamook pon no.1..jd inilah bdaknya yg saya nk crita td...cantikk x bdak dia...anyway sjew jew plih pic ni sbb habit bliau yg mmg skew makan...bliau sggup merengek kat mak klo x dpat mkan...but wlopon dia ni nmpak mngjengkelkan ...tp  sbnarnya bliau ni bdak baik(baik kew????).heheheheh
ok kita pdulikan bdak yg terlebeyh pose kat blakang tu..tp sbaliknya beralih kepada bdak yg xde gigi ni(ntah bila nk tumbuh pon  ak x tau)he is youngest child in my family..nama dia Muhammad Firdaus Aiman Bin Yob Shaari..punya ar pnjgnyew nma...hehe..anyway bliau adalah bdak yg agak lasak..x reti nak duduk diam...dan klo bgambor slaloo akan membuat yg pose yg sbegini...anyway mmg byk agy gambar dia but smew nyew mkew2x yg mcm ni gak...x snonoh jew den tgk..hehehehe...plg kuat tgk kartun..antara channel tv kegemaran bliau..disney...disney playhouse...nickeledeon...cartoon network...dan yg plg feveret bliau astro ceria...shinggakan blik dr skolah gak bliau akn tanpa berfikirr panjang mmbuka tv terlebeyh dahulu lantas mnekan channel  611..cehhhh~~~~~~

Anyways ni jew yg ak nk kongsi kat korang yg sudi mmbacanya..nak tau agy kna tgu ar...hehehehhehehehe...


tujuan......

the purpose saya blog ini adalah sbb i want to show a little bit about my real life...and yg pnting dont talk shit ok....hehehe...ok my name xeno@mohd shafierul anuar bin yob shaari...20 going 21 next year...inijew lew update saya stakat ni...bye bye

My first time

assalamualaikum semua....saya baru agy di dalam dunia blogger...so klo ada blog yg guna emel yg srupa sblum ini...adalah brpunca dr salah faham saya dgn kan2x saya sblum ini...huhuhu...haap maklum